Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Amin Dan Abid Tak Akan Jadikan Rumah Sebagai Ruang Pameran- "Kami Nak Jaga Privasi Keluarga"

Asyraf Roslan
06/09/2024 03:55 MYT
Pempengaruh pasangan kembar, Amin dan Abid tidak menolak untuk menerima permintaan pengikut mereka yang ingin berkunjung ke rumah bagi menyaksikan hasil ciptaan mereka.

Menurut pasangan kembar yang disamakan dengan animasi popular Disney, Phineas and Ferb itu mereka menerima dengan tangan yang terbuka bagi sesiapa yang mahu datang ke rumah namun tidak akan berkongsi lokasi rumah secara umum atas faktor keselamatan.

“Ada sahaja yang mesej kami secara personal minta izin untuk datang ke rumah sebab nak tengok hasil ciptaan yang kami buat di Tiktok. Kami izinkan sahaja mereka datang.

“Tapi untuk berkongsi alamat dan lokasi rumah secara umum itu tidak, sebab atas faktok keselamatan keluarga dan takut rumah diserbu,” kata adik beradik kembar itu kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Amin & Abid Ukir Wajah Tunku Abdul Rahman Di Kek Merdeka, Berkolaborasi Dengan Che Sayang! - "Sebenarnya Kami Takut ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Rutin Unik Abid & Amin Ketika Berhari Raya - “Selalu Kalau Naik Kereta Kita Pasang Lagu Raya, Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA23: Amin & Abid Tewaskan Che Nom, Rangkul Trofi Content Creator (Lifestyle) Tergempak!


Ketika ditanya adakah mereka akan mempertimbangkan menjadikan rumah sebagai ruang pameran.

Finalis program Inovathon musim pertama itu berkata mereka tidak mungkin menjadikan rumah sebagai ruang pemeran atas sebab menjaga privasi keluarga.

“Kami rasa tidak, sebab keluarga pun perlukan privasi juga.

“Tapi kalau ada yang nak datang tengok hasil ciptaan kami boleh sahaja datang sebab sebelum ini, ada budak-budak yang duduk berdekatan dengan kawasan rumah datang nak tengok kami izinkan sahaja.

“Kami dah buat macam house tour dah, lagi-lagi bila kami tunjukkan video dan hasil ciptaan kami kepada mereka, mereka seronok,” tambah Amin dan Abid.

Amin dan Abid ditemui ketika sesi rakaman episode ke 100 Gempak Most Wanted.
#Amin #Abid #Amin Abid #Phineas and Ferb