Amin Idris Gesa Boikot Lagu Aliff Syukri - “Dah Tiba Masa Kita Ajar Dia”
Firdaus
02/04/2024 05:55 MYT
02/04/2024 05:55 MYT
Susulan penularan video sedutan lagu raya usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang disifatkan sebagai mencemari kemuliaan bulan Ramadan, penceramah motivasi dan pengacara, Amin Idris tampil memuat naik hantaran memberi pandangan berkaitan isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Kritik Tindakan Aliff Syukri
Dalam entri yang dibuat, Amin meluahkan rasa kurang senang serta mengkritik tindakan Aliff Syukri yang seolah-olah tidak menjaga imej sebagai seorang muslim.
“Di kala umat Islam sibuk mengejar Lailatul Qadar, di kala para sahabat silam ajar kita bersedih kerana Ramadan bakal meninggalkan kita, di kala insan menangis di malam hari memohon ampun atas dosa dan rasa malu pada Tuhan, muncul manusia bernama Aliff Syukri mempromosikan video lagu terbaharunya?
“Jika orang bukan Islam buat video sebegini, pasti ramai bangkit dengan kemarahan. Tapi sanggup seorang muslim buat kerja sebegini? Prinsipnya mudah sahaja, jika mahu diri dan bisnes dihormati, hormatilah orang lain dan paling utama hormatilah Pencipta,”
“Dari penyanyinya, pencipta lagu, penulis lirik, backup dancer, videographer sampailah editor ke jurumekap, jawablah di hadapan Allah kelak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Gesa Orang Ramai Boikot Video
Pada perkongsian yang sama, Amin juga menggesa orang ramai supaya memboikot video yang dibuat oleh Aliff Syukri sebagai pengajaran supaya kesilapan berikut tidak sentiasa diulangi.
“Mohon jangan tonton, jangan komen, jangan like, jangan share. Dah tiba masa kita ajar dia,” tulisnya.
Terdahulu, perkongsian sedutan lagu raya yang dibuat oleh Aliff Syukri menerusi akaun Instagramnya mengundang kecaman netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff memuat naik satu babak daripada muzik videonya yang menampilkan dia dan beberapa penari mengenakan kostum yang terlalu aneh untuk dikaitkan dengan kedatangan bulan Syawal.
Tidak hanya kostum ketat mengikut bentuk badan, gaya persembahan dia serta penari-penarinya juga menjadi bahan kritikan daripada ramai pihak.

BERITA TRENDING: Aliff Syukri Mohon Maaf, Padam Teaser MV Lagu Raya Menggeletis - "Dah Buat Susah-Susah, Kena Kecam"
Sumber: Instagram
#Viral
#Kontroversi
#Ramadan
#Selebriti
#Aliff Syukri
#Lagu raya
#Usahawan
#Boikot
#Sensasi
#Amin Idris
#Sensitiviti