Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf tampil dengan imej baharu selepas beberapa bulan menggayakan rambut ikal berombak paras leher.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, dramatis yang namanya mula dikenali menerusi Projek High Council itu dilihat telah memotong rambutnya, sehingga menimbulkan tanggapan peminat mengenai projek terkini yang bakal dijayakan.

Selain itu, menerusi gambar terkini, Amir turut memuat naik gambar dengan sepotong kapsyen memperkenalkan watak yang bakal disandang menerusi projek berkenaan.

“Aku takut suatu hari, aku akhirnya memilih menyerah kata Farid,” tulis Amir sambil meletakkan tanda pagar #SyurgaItuBukanMudah.

A post shared by Amir Ahnaf (@amir.ahnaff)


Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, pelakon Anna Jobling turut meninggalkan respons terhadap gambar yang dimuat naik oleh Amir.

“Hi Farid,” tulis Anna ringkas.

Terdahulu, kedua-dua pelakon itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan peminat apabila memuat naik gambar bersama di sebuah cafe.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik, Amir dan Anna mengenakan pakaian dengan rona sepadan, sehingga ada peminat yang mengatakan mereka kelihatan serasi.

BACA: “Nampak Serasilah…” - Peminat Dah Mula Suka Lihat Gambar Anna Jobling & Amir Ahnaf Di Media Sosial?​

BACA: “MasyaAllah Suara Kapla Merdu Weh” - Terpegun Dengar Bacaan Al-Quran, Ramai Nak Jadikan Amir Ahnaf Suami​