Pelakon, Amir Ahnaf menafikan tuduhan segelintir pihak mendakwa dirinya sebagai perampas hanya kerana dilihat akrab bersama aktres Anna Jobling yang pernah dikaitkan bercinta dengan Meerqeen.

Menurut Amir, tidak timbul isu merampas kekasih orang kerana hubungannya dengan Anna hanyalah sebagai rakan sekerja.

“Apa yang saya boleh katakan saya tidak ada rampas apa-apa, saya hanya mahu bekerja sahaja. Saya tak ada rampaslah.

“Ada komen-komen yang dakwa saya sebagai perampas. Jadi ingin saya jelaskan kebenarannya di sini, saya hanya fokus bekerja sahaja,” katanya.

Amir berkata demikian ketika ditemui Gempak di majlis sidang media siri premium e-sukan Astro Originals terbaharu berjudul Gamers Mangkuk bertempat di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Khamis.

BERITA TRENDING: Anna Jobling Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Melibatkan Meerqeen

Dalam pada itu, Amir juga memaklumkan hubungannya dengan Meerqeen juga baik dan pelakon kacak berkenaan turut memberikan sokongan buat dirinya.

“Anna adalah seorang pelakon yang sangat bagus. Masa pertama kali jumpa dia untuk tanda tangan kontrak, saya dah dapat rasa Anna adalah pasangan pelakon yang baik untuk berlakon.

“Sebab saya dah baca skrip, jadi saya tahu karakter dia itu macam mana, Anna boleh bawakan karakter ini.

“Saya suka bekerja dengan Anna sebab dia seorang yang profesional. Malah Meerqeen juga turut memberikan sokongan dan semangat pada saya supaya menghasilkan kerja yang terbaik.

“Saya pun tak rasa ada suasana yang tegang berlaku antara kami bertiga, saya rasa yang mengapi-apikan adalah peminat masing-masing,” ujarnya.

Amir dan Anna bakal muncul dalam naskhah terbaharu berjudul Syurga Itu Bukan Mudah arahan sutradara terkemuka, Eyra Rahman tidak lama lagi.

BERITA TRENDING: Netizen Approved! Ramai Doakan Anna Jobling, Amir Ahnaf Berjodoh - “The Way She Look At Him, Comel!”

Terdahulu, Anna pernah dikaitkan bercinta dengan Meerqeen selepas terjebak dengan cinta lokasi semasa menjayakan drama berjudul Melur Untuk Firdaus.