Pelakon Anna Jobling enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu membabitkan aktor yang pernah rapat dengannya iaitu Meerqeen dengan Mimi Lana.

Hanya sibuk menjalani penggambaran, Anna menegaskan dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya dan perkara yang belum dicapai dalam kehidupannya.

“Sebenarnya Anna tak ada komen apa-apa fasal apa yang berlaku. Anna sendiri tak tahu details, saya tak tahu apa yang terjadi. Anna dekat sini jalani penggambaran saja sepanjang masa.

“Anna tak tahu apa-apa dan Anna nak fokus karier Anna yang masih panjang lagi perjalanan. Ada banyak lagi perkara yang belum Anna capai dalam hidup.

“Itu yang Anna harap semua orang lebih beri perhatian, bukan dengan situasi yang berlaku,” jawab Anna menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan baru-baru ini.

Ditanya mengenai ketiadaan gambar bersama Meerqeen dan status di X yang didakwa berkaitan isu aktor itu, Anna bagaimanapun menegaskan segala perkongsiannya tidak ada kena mengena dengan orang lain.

“Anna dah sampai satu masa, Anna rasa macam ini kali terakhir yang Anna akan jawab isu yang melibatkan dia. Bukan tanggungjawab Anna untuk cakap mewakili dirinya.

“Dia tak ada kena mengena dengan Anna. Kalau nak tahu apa yang jadi, anda kena tanya kepada orang yang terlibat. Anna dah biasa dengan sesiapa yang buat spekulasi dengan apa yang Anna buat.

“Apa yang saya kongsi, bukan berkaitan dengan apa yang berlaku. Kalau ada apa-apa berlaku pada Anna secara peribadi, Anna tak akan cerita benda itu. Anna dengan orang terdekat Anna tahu apa maksud,” ujarnya.

Terdahulu, timbul dakwaan aktor sedang meningkat naik dengan seorang aktres terkenal bercium di sebuah kelab malam dan nama Meerqeen serta Mimi Lana dikaitkan dengan gosip itu.

Selepas gosip itu kecoh di laman sosial, perkongsian Anna di platform X yang berbunyi ‘puzzle completed’ dan tindakannya memadam gambar dengan Meerqeen didakwa mempunyai kaitan dengan isu tersebut.

BACA SINI: Anna Jobling Tiada Masa Untuk Bercinta - “Cinta Saya Hanyalah…”

BACA SINI: “Jangan Percaya Pada Semua Yang Anda Baca Di Internet” - Anna Jobling Nafi Hubungan Tak Baik Dengan Meerqeen