Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Amir Masdi Terpaksa Lupakan Hasrat Kahwin Usia 30 Tahun - “Ibu Saya Juga Tidak Memaksa Sebaliknya…”

Asyikin Mayudin 13/07/2023 | 06:50 MYT

Gara-gara mahu memberi fokus kepada album terbaharunya yang memuatkan 12 buah lagu, penyanyi Amir Masdi sanggup mengorbankan masa lepak bersama kawan-kawan.

Bukan saja tiada waktu lepak, malah Amir, turut tidak mempunyai masa untuk mencari cinta demi merealisasikan impiannya untuk pergi lebih jauh dalam bidang seni.

“Saya terpaksa mengorbankan masa lepak malam-malam demi menghasilkan album ini. Mujur rakan-rakan juga memahami apabila saya kurang masa bersama mereka memandangkan penghasilan album memerlukan komitmen yang begitu tinggi.

“Bukan soal lepak saja, banyak lagi yang terpaksa dilepaskan untuk memberikan sepenuh tumpuan menghasilkan album ini. Soal cinta pun tiada buat masa ini kerana saya tidak mencari, namun jika jodoh datang sendiri itu perkara berbeza.

“Pada mulanya saya meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun namun seperti terpaksa dianjakkan angka itu kerana belum mempunyai teman istimewa. Malah, ibu saya juga tidak memaksa sebaliknya menyokong penuh keputusan saya,” kata Amir.

Terdahulu, Amir berkongsi mengenai albumnya berjudul ‘AMIR MASDI’ berkonsepkan matahari yang dianggap seperti cahaya pertama yang menyinar kariernya.

ARTIKEL BERKAITAN: Juara AF2016, 2 Kali Masuk AJL, Amir Masdi Akhirnya Lancar Album Selepas 7 Tahun Jadi Artis!

ARTIKEL BERKAITAN: "Mak Selalu Ingatkan Saya Untuk ..." - Amir Masdi

#Album #Ibu #Jodoh #Amir #Amir Masdi
;