Amir Sisi 'The Chosen One' Santuni Ibu Bapa, Rancang Masa Depan
Awani
04/08/2024 15:55 MYT
04/08/2024 15:55 MYT
Amir Sisi, 13, bakat hebat dari pedalaman Gerik, Perak ini membugarkan kembali sejarah artis pertama Orang Asli di negara ini iaitu kumpulan Jelmol sekitar tahun 1999.
Dikurniakan suara merdu dan sedang meniti populariti di pentas nyanyian selepas bergelar juara rancangan realiti The Chosen One musim pertama tahun lalu, Amir yang mesra disapa Unuk tidak menjadikan kejayaannya tiket untuk berseronok.
Sebaliknya remaja suku Temiar kelahiran Kampung Rengat, Gerik ini memandang jauh merancang masa depan dan mahu 'lari' dari norma biasa kehidupan masyarakatnya iaitu bejaya dalam kehidupan walaupun berasal jauh dari pedalaman.

Ibu bapa
Amir berkata, kesibukan memenuhi undangan nyanyian setiap hujung minggu dan cuti sekolah bukan tiket dia 'makan angin', tetapi adalah ruang mencari rezeki serta sedikit sebanyak membantu kewangan keluarga di samping menyimpan untuk masa depannya.
Malah tidak keterlaluan, Amir boleh berbangga kerana hasil pendapatan memenuhi undangan nyanyian, dia mampu membeli sebuah bot bagi kemudahan keluarganya bergerak keluar masuk dari kampungnya ke pekan berhampiran.
Anak ketiga dari lima beradik itu membeli bot fiber berharga sekitar RM11,000 sebaik wang dikumpul hasil undangan nyanyian setiap kali hujung minggu dan cuti sekolah.

"Saya suka menyanyi, tak rasa penat sebab lakukan apa yang saya suka, bila dapat wang rasa seronok bantu keluarga," kata pelajar tingkatan satu Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar, Gerik ini kepada Bernama.
Amir yang melakar sejarah apabila menjadi anak Orang Asli pertama menjuarai program realiti nyanyian di Malaysia berkata, bot menjadi keperluan penting kepada penduduk Kampung Rengat kerana mereka perlu mengharung sebatang sungai kira-kira setengah jam untuk bergerak ke pekan berhampiran.
Walapun Amir tinggal di asrama, namun pembelian bot fiber itu membantu urusan keluarganya melakukan aktiviti harian, katanya yang bercita-cita membuka perniagaan pakaian di masa depan.
Menurut guru pembimbing Amir, Muhamad Faris Mokhtar, 34, Amir sudah menunjukkan bakat dan aktif dengan pertandingan nasyid di sekolah dari sejak berusia tujuh tahun lagi.
"Amir juga sudah biasa melaungkan azan dan mengetuai bacaan zikir, apabila berada di asrama, kami akan edar mikrofon kepada seorang demi seorang masa membaca zikir di asrama, dan bila tiba giliran Amir, saya dapati dia ada bakat yang hebat.
"Saya juga ada muat naik video dia mengalun nasyid dan zikir di media sosial sehinggalah pihak The Chosen One sedar, mereka datang ke Gerik untuk lihat sendiri bakat Amir dan pelawa dia sertai rancangan tersebut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Sisi, Anak Orang Asli Kaum Temiar Juara The Chosen One! Kaut Wang Tunai RM30,000
ARTIKEL BERKAITAN: Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0
ARTIKEL BERKAITAN: Lari Daripada Kebiasaan, Hijrah Prihatin Santuni 40,000 Golongan Memerlukan - "Memang Nak Bagi Semua Merasa"
ARTIKEL BERKAITAN: "Dulu Hidup Saya Pun Macam Gelandangan, Nak Makan Meminta-Minta" - Juju Santuni Golongan Memerlukan, Dedikasikan Lagu Teduhan Kasih Mama
ARTIKEL BERKAITAN: "Penat Tapi Seronok" - Netizen Puji Individu Santuni Rider P-Hailing, Sedekah Makanan Percuma
Sebelum menjuarai The Chosen One, Amir pernah dinobatkan sebagai johan peringkat kebangsaan dalam Nyanyian Solo Kerohanian 2022, mewakili negeri Perak.
Sebagai pemenang juara pertama The Chosen One, Amir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.
Singlenya Ayah Ibu kini ditonton lebih 280,000 pengguna di saluran Youtube.
Menurut Muhamad Faris, permintaan undangan nyanyian amat menggalakkan seluruh negara malah Amir pernah mendapat undangan sehingga ke Johor dan Pahang.
"Biasanya apabila Sabtu dan Ahad serta cuti sekolah sahaja undangan akan diambil kerana tidak mahu mengganggu waktu persekolahan Amir. Saya dan dua lagi guru akan membantu Amir membawanya ke tempat persembahan.
"Bagi kami, Amir ada bakat yang hebat untuk diketengahkan dan bagi menjadi inspirasi serta pembakar semangat kepada masyarakat Orang Asli khususnya dan rakyat Malaysia amnya," katanya sambil memaklumkan Amir menerima bayaran dari serendah RM1,500 setiap kali membuat persembahan.
Dua lagi guru pembimbing yang memberi sokongan kuat kepada Amir ialah Muhd Isa Afiq Masuddi,31, dan Umar Fikri Mohamad Shakri, 36.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani