Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Amira Othman Idam Watak 'Mak Cik'

Syafiqah Jalal 18/01/2017 | 06:02 MYT
Selepas membintangi drama bersiri Abang Bomba I Love You, penyanyi dan pelakon Amira Othman akui dia kini idamkan watak yang lebih matang seperti seorang ibu.
Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 24, berkata watak itu mungkin sesuai dengan sifatnya yang penyayang dan sukakan kanak-kanak.
"Selepas ini pula saya idamkan watak- watak seperti 'mak orang' atau 'mak cik' maknanya yang lebih matang dan punya anak lah.
"Saya rasa watak itu pasti akan sesuai dengan diri saya yang sukakan kanak-kanak sebab saya memang ada sifat penyanyang lebih-lebih lagi pada budak-budak.
"Watak 'mak cik' yang saya maksudkan itu mungkin seorang wanita yang tinggal di kampung atau seorang ibu yang ditindas dan sebagainya," katanya kepada Astro Gempak.
Bekas bintang Akademi Fantasia 10 (AF 10)ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Meriel Skin Care & Cosmetic yang berlangsung di Saloma Bistro, semalam.
Amira yang popular dengan lagu Hati-Hati itu berkata dia tidak kisah membawakan watak yang lebih tua daripada usianya.
"Saya tidak kisah membawakan watak yang lebih tua kerana ia hanya lakonan dan produser atau pengarah mungkin lebih layak menilai apa yang sesuai untuk saya lakonkan.
"Lagipun, watak ibu-ibu itu adalah antara yang saya mahu cuba. Sebenarnya banyak lagi watak lain yang saya mahu cuba dalam lakonan.
"Saya teringin juga nak cuba berlokon dalam filem atau drama aksi seperti memandu kereta lumba atau motorsikal berkuasa tinggi walaupun tidak pernah melakukannya sebelum ini," katanya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Amira dalam proses memilih material untuk single ke empat yang bakal keluar tahun ini.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Penyanyi #Amira Othman #Pelakon #Penyanyi #Berlakon
;