Pelakon Ammar Alfian berkongsi beberapa foto 'throwback' ketika berlakon dalam drama bersiri Tari Tirana yang pernah popular pada tahun 2008.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Ammar, penglibatan dalam drama bersiri itu membuatkan dirinya lebih mencintai bidang lakonan dan tarian.

"Siri ini membuatkan saya lebih mencintai bidang lakonan dan tarian.

"Set penggambaran drama bersiri ini adalah seperti kelas lakonan untuk saya, berkembang selepas penglibatan dalam siri itu adalah satu pengalaman yang mengubah kehidupan," tulis Ammar sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Ammar turut mengucapkan terima kasih kepada peminat drama bersiri itu.

"Kepada semua peminat yang menyukai siri ini, saya mahu ucapkan terima kasih dari dasar hati saya," tulisnya lagi.

⭕️TARI TIRANA TRIVIA⭕️ . Started off battling in clubs to getting my first break in this series in 2008, has made me love acting aswell as dancing even more. Thanks to these 2 main guys @budakijat & @bahriuma for making it happen. The set was an acting school for me and to grow from it is truly a life changing experience. To the fans that loved this series, I wana say thank you from the bottom of my heart??✌?? . . . #neosigningoff

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on


Sekadar info, Ammar mula menjejak kaki dalam industri hiburan tempatan pada tahun 2008 dan berjaya membina namanya sehingga kini.

Sebelum itu, Ammar telah menyertai program Hero Remaja pada tahun 2007.