,
Hiburan

Anak Aidid Marcello Kini Bergelar Hafiz Al-Quran – ‘“Alhamdulillah, Telah Tunaikan Amanah Bonda & Ayahanda”

Mya Amri
26/10/2024
02:55 MYT
Personaliti televisyen popular, Aidid Marcello mengucapkan rasa syukur atas kejayaan anaknya, Muhammad Iman yang kini sah bergelar Hafiz Al-Quran.

30 juzuk dalam masa 11 bulan 20 hari

Menerusi perkongsian Akademi Al-Quran AKMAL di TikTok, Iman bersama bapa dan juga ibunya, Norzie Pak Wan Chek hadir bagi majlis penyampaian sijil yang diadakan pusat pengajian tersebut, baru-baru ini.
Difahamkan, Iman berjaya menghafaz 30 juzuk di dalam Al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari.

“Wahai anakandaku, Alhamdulillah. Anakanda telah menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk menyempurnakan 30 juzuk Al-Quran.

“Ianya juga adalah amanah dan tanggungjawab termulia yang anakanda akan pikul sehingga ke akhir hayat.

“Maka, pada hari ini bonda dan ayahanda memberi amanah kepada anakanda menjaga, mengulang, mengingati serta memperjuangkan Al-Quran sepanjang hidup anakanda,” ujarnya.
@akademiakmal Tahniah Muhammad Iman Al-Hafiz, putera Aidid Marcello, atas kejayaan khatam 30 juzuk Al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari. Buat para huffaz, ingatlah bahawa setiap huruf yang kalian hafal adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh istiqamah. Teruskan usaha, kerana setiap pengorbanan di jalan ini akan dibalas dengan kemuliaan di sisi Allah. #akmalspeedtahfizprogramme #akademiakmal #hafizsetahun #tahfizmalaysia #hafizahquran #motivasi #tahfizquran #quran #imanaididmarcello #fyp #haflahtakrimi ♬ original sound - Akademi Al-Quran AKMAL
Terdahulu, Aidid dan isterinya mengakui berdepan keputusan sukar apabila memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah rendah dan menengah untuk dihantar ke sekolah pendidikan agama.
Kata Aidid, dia enggan dituduh riyak namun mahu warganet menitipkan doa buat ketiga-tiga anak lelakinya, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf & Muhammad Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN:Gadis Cantik Tular Gembira Lulus Lesen Memandu Rupanya Anak Aidid Marcello - “Bukan Main Kau Posing Dengan Lesen P Tu Eh”

ARTIKEL BERKAITAN:Aidid Marcello Nekad Berhentikan Sekolah Anak-Anak, Hantar Ke Akademi Tahfiz Al-Quran - "Aku Jahil Sangat, Tapi Tak Nak Mereka ..."

ARTIKEL BERKAITAN:"Mandi Berjam, Adjust Tudung Sampai Pecah Cermin, Susah Oo Nak Bela Anak Dara Ni" - Aidid Marcello

ARTIKEL BERKAITAN:“Hari-Hari Dia Layan Saya & Anak-Anak, Bagi Makan…" - Aidid Marcello Gembira Isteri Berhenti Kerja

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Rita Rudaini Sebak, Rindu Bila Teringat Anak Minta Check Bacaan Hafazan - “Walaupun Kami Tak Perfect, Tapi…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sal Priadi Ambil Lirik Lagu 'Gala Bunga Matahari' Dari Al-Quran - "Selagi Tak Lari Maksud, Tiada Yang Salah"

gempak
08/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Indonesia, Sal Priadi, mengakui beberapa bait dalam lagu 'Gala Bunga Matahari diambil daripada ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang kehidupan manusia.
Berita

Sweden Dakwa Pelaku Biadab Bakar Al-Quran

gempak
30/08/2024
15:55 MYT
Pendakwa raya kanan, Anna Hankkio berkata, warga Iraq, Salwan Momika dan pembantah bersama, Salwan Najem didakwa melakukan perbuatan provokasi melampau itu menerusi empat kejadian pada musim panas tahun lalu.
Viral

Suka Belajar Tentang Agama, Ini Sebab Kenapa Ceddy Rasa Terpanggil Untuk Dalami Ilmu Agama Islam

gempak
15/06/2024
06:55 MYT
Ikuti temu bual Gempak bersama Ceddy mengenai isu ini.
Viral

Bayi 8 Bulan Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim, Ibu Praktikkan Alunan Selawat, Zikir & Azan Setiap Hari

gempak
12/06/2024
01:25 MYT
Seorang bayi, Fahry Nedzar mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar bermula usianya lapan bulan.
Viral

Gadis Cantik Tular Gembira Lulus Lesen Memandu Rupanya Anak Aidid Marcello - “Bukan Main Kau Posing Dengan Lesen P Tu Eh”

gempak
03/06/2024
02:55 MYT
Gadis cantik yang tular kerana gembira selepas mendapat keputusan ujian memandu baru-baru ini rupanya adalah anak kepada pengacara Aidid Marcello.
Dun Dukun