Pelakon Rita Rudaini mendedahkan yang dia berasa sebak saat melihat proses pendewasaan anak-anak, khususnya cahaya mata sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia 13 tahun.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya, Rita menunjukkan rakaman ketika anaknya itu yang sedang khusuk menghafaz Al-Quran.
Menerusi ruangan kapsyen pula, Rita berkata, sungguhpun keluarga kecilnya tidak sempurna, namun dia berasa bersyukur dengan kehadiran anak-anak di sisi.
Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan mintak mommy n adik check balik hafazan dia dr juzuk 1…dia takut dia lupa..sebak hati sebenarnya tgk anak2 dah besar…dlm hati mommy ckp ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pd aku..walaupon kami xperfect mcm org lain tp aku ada anak2 yg taat dan membahagiakan hati aku ?…ALHAMDULILLAH..’ …Mommy n adik xsabar nak tggu ryan balik ??? ?