Usahawan popular, Datuk Seri Vida gembira dengan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diperolehi anak bongsunya, Muhammad Eric Zaquan atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Perkara itu dikongsi Vida menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya semalam.

Menurut Vida, dia berasa gembira kerana Kacak memperoleh keputusan yang bagus tanpa gagal kerana anaknya itu hanya bersekolah di rumah.

Vida juga gembira kerana anaknya itu memperoleh gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana dia hanya bercakap dalam dialek Kelantan di rumah.

"Anak mama hebat, walaupun belajar di rumah tapi dapat keputusan bagus.

"Yang penting tiada yang gagal, Bahasa Inggeris Kacak dapat B! Mama cakap kelate je dengan Kacak di rumah, anak aku pandai orang putih, anak aku pandai orang putih!" kata Vida kegembiraan dalam video tersebut.

Sementara di ruangan kapsyen, Vida meluahkan rasa bangganya terhadap Kacak.

"Result UPSR @kacak_000 Mama bangga dengan Kacak, saya over excited..Kacak banyak main game, keputusan UPSR boleh tahan," tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Vida memuji cara usahawan ini memberi motivasi dan tidak menjatuhkan semangat anak.

Saya over xcited... KACAK BANYAK MAIN GAMES.. RESULT UPSR NOT BAD . @kacak_000 .

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on


Difahamkan, Kacak telah memperoleh keputusan dengan gred 2B, 2C dan 2D.

Walaubagaimanapun, benar kata ramai, UPSR hanyalah satu titik permulaan, semoga semua pelajar yang baru mendapat keputusan peperiksaan itu berusaha dengan lebih gigih di masa akan datang!