Penyanyi Ippo Hafiz bakal menimang cahaya mata kedua apabila memaklumkan isterinya, Fara Roslan kini hamil tiga bulan.
Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 31, memberitahu isterinya tidak mengalami sebarang alahan dan mereka sebenarnya tidak merancang tentang soal zuriat memandangkan anak sulung mereka bakal mencecah usia setahun pada Ogos ini.
""Alhamdulillah... isteri saya kini sedang hamil cahaya mata kedua dan kandungannya sudah mencecah tiga bulan. Buat masa sekarang dia tidak mengalami sebarang alahan.
"Berharap dia sentiasa sihat saja sepanjang kehamilan kedua ini. Ikutkan masa anak pertama, alahan yang dia alami ketika kandungan cecah empat hingga lima bulan.
"Tapi tak tahu la kali ini macam mana. Sebenarnya, kami tak ada perancangan pun dalam soal anak sebab memang serah pada Allah yang beri rezeki dan kami terima," ujarnya.
Ippo baru-baru ini turut berkongsi berita gembiranya menerusi hantaran di Instagram bersama visual imbasan ultrabunyi bayi yang sedang dikandung Fara.
Dalam masa sama, pasangan itu tidak meletakkan sebarang harapan sama ada dikurniakan bayi lelaki mahupun perempuan.
"Saya dan isteri tidak meletakkan sebarang harapan untuk jantina. Kami pun sudah ada anak lelaki dan perempuan. Tak kisah la bayi lelaki atau perempuan, janji sihat dan sempurna.
"Kalau diberikan rezeki anak lelaki, memang saya sudah ada nama dalam hati... perempuan pun sama. Doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga," tambahnya.
Ippo dan Fara berkahwin pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusuf Zarin Nur yang lahir pada 6 Ogos tahun lalu.
Ippo turut mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda, 4, yang dijaga sejak kecil.
Amri Hassan
Fri Jul 09 2021


“Ayah Tak Lawan, Lindung Lengan Kiri & Pinggang Takut Tapak Dialisis Pecah” - Luluh Hati Anak Lihat Bapa Dipukul
Allah... Tergamaknya belasah orang tua sampai macam tu...

Naim Daniel, Datuk Jamal, Faizal Tahir, Raihan Semarakkan Garden Of Eid Festival, Eh Ahmad Pun Adalah!
Ramainya artis top-top gitu.

Caprice Kata Jebat Derhaka 'Feeling' Macam Artis, Tak Berani Datang 'Face To Face' - "Hang Tak Ada Tel*r!"
Caprice jemput Jebat Derhaka face-to-face!

“Ingatkan Raya Je Rupanya Anak Pun Keluar Mengejut” - Anzalna Kongsi Kisah Lucu Bersalin Baby Kedua
Anzalna tak pernah tak lucu haha.
![Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4] Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4]](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1968387/thumbnails/5820789901653362025297_640x390.jpg)
Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4]
Episod akhir kali ni ada tetamu jemputan iaitu "team jahat" . Apa Team Jahat tu nak buat kat team Mizi ni?? Saksikan Mizi Take It Easy setiap Selasa jam 12 tgh di Astro Gempak! #MiziTakeItEasy #GempakOriginalSeries

Ustazah Asmak Husin Tegur Kenyataan Ifa 'Belum Pakai Tudung Tapi Allah Jemput 3 Kali Ke Makkah' - "Tetap Berdosa Walau Dah ..."
Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah.

“Korang Carikanlah Untuk Kita” - Soal Jodoh, Ziana Zain Tak Berani Nak…
setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal...

Keluang Man Bakal Muncul Dengan Live Action! Ramai Dah Tak Sabar, Ini Nama Pelakon-Pelakon Saranan Netizen
Menarik juga nama-nama yang dicadangkan ni.

"Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Ni?" - Alvin Chong Dedah Sering Terima Gambar Kemaluan Lelaki, Perempuan & Budak Sekolah Di DM
Ini nasihat Alvin kepada pengguna media sosial
.jpg?ext=.jpg)
Cheta Potpet Sedia Satu Peti Duit Raya, Agih RM20,000 Kepada Orang Ramai Serbu Open House - "Kali Ni Saya Lepas Geram!"
Banyak tu... untung siapa datang open house Secret Desire!