Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Anak Bocor Rahsia, Kim Kardashian Kali Terakhir Memasak Tahun 2022

Maliah Surip
14/10/2024 13:50 MYT
Anak Kim Kardashian, North West mendedahkan ibunya memasak untuk keluarga mereka sekitar dua tahun lalu.

BERITA TRENDING: Tiga Kali Jadi Janda, Kim Kardashian Tak Pasti Untuk Kahwin Lagi

Sejak itu, tepatnya pada sambutan hari Halloween 2022, Kim tidak lagi masuk ke dapur dan memasak makanan buat anak-anaknya.

North West secara bergurau juga mengatakan Kim tidak cekap memasak.

“Anda sudah sangat lama tidak memasak untuk kami. Kali terakhir kamu memasak adalah pada sambutan Halloween, dua tahun lalu,” dedah North West menerusi temu bual bersama Interview Magazine.

BERITA TRENDING: Tak Kisah Kena Marah, Anak Kim Kardashian Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Paparazzi

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu memberitahu Kim hanya memasak macaroni cheese buat mereka waktu itu.

Namun Kim pantas menyambung: “Saya juga masakan anda ayam goreng. Bukankah itu hidangan yang bagus?”

Untuk rekod, Kim memiliki chef peribadi iaitu Chef Jesse Henderson yang akan memasak menu sesuai dengan diet dan rutin gim wanita itu.

BERITA TRENDING: Kongsi Gambar Anak Persis Mangsa Perang Palestin, Kim Kardashian Teruk Dikecam Warganet

#Anak #Hollywood #Kim Kardashian #masak #Rahsia #Kim K
;