Anak kepada selebriti Hollywood kontroversi, Kim Kardashian sekali lagi menjadi fokus media setelah menunjukkan isyarat lucah kepada sekumpulan paparazzi.

Difahamkan, Saint West, 7, menunjukkan isyarat jari tengah sebaik sahaja keluar daripada kereta yang membuatkan ibunya berasa kurang senang.

Kim juga dikatakan menepis dan menegur tindakan anak lelakinya itu, tetapi Saint hanya tertawa dan berpaling kepada rakan-rakannya sambil menghisap lolipop.

Walau bagaimanapun, itu bukannya kali pertama Saint bertindak sedemikian kerana sebelum ini paparazzi berjaya menangkap gambarnya menunjukkan isyarat yang sama pada September lalu.

Sungguhpun sering kali menimbulkan masalah, Saint mengakui sangat sayang akan Kim dalam satu video hari ibu.

“Saya tahu saya kurang ajar dengan ibu, saya cakap ibu tak bermakna buat saya, tetapi sebenarnya ibu adalah segalanya.

“Saya sayang ibu lebih daripada segala benda, saya sayang ibu lebih daripada adik saya Psalm,” kata Saint.

Sekadar info, Kim Kardashian dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm bersama bekas suami, Kanye West.

Sumber: Mirror