HIBURAN
Anak Bonda Rozita Dakwa Rebecca Nur Al-Islam Minta Padam Hantaran - “Biar Orang Tahu Perangai…”
Konflik keluarga usahawan Bonda Rozita dengan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam sehingga kini belum temui titik nokhtar dan masih menjadi topik hangat di laman sosial.
Padam hantaran
Terbaharu, anak kepada Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Amani mendedahkan aktres itu ada menghubungi ibunya berhubung dengan hantaran yang dimuat naik di media sosial sebelum ini.
“Rebecca ada mesej mak saya, dia cakap… ’saya sakit hati, saya akan padam hantaran saya kalau anak-anak bonda padam hantaran mereka’,” katanya menerusi siaran langsung (live).
Pada perkongsian yang sama, Amani bagaimanapun Amani tetap dengan pendiriannya untuk tidak memadam hantaran itu.
ARTIKEL BERKAITAN: "Menantu Saya Tak Kaya, Tapi Tak Meminta-Minta" - Bonda Rozita Sifatkan Datin Shahida Menantu Terbaik, Anugerah Terindah
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Akhirnya Bersuara Isu Keluarga, Mohon Hentikan Segala Pertengkaran - “Kri Hanya Nak Mak Bahagia, Maaf Kalau Kri Salah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Datin Shahida Bidas Dakwaan Gila Populariti & Tumpang Hasil Kekayaan - “Baik Saya Duduk Dirumah Habiskan Duit”
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Gila 'Glamour', Rebecca Nur Al-Islam Bidas Isteri Aliff Syukri - “Adakah Makcik Ini Bodoh Atau Bercakap Tak Menggunakan Akal?”
“Kami tak nak padam, untuk apa? Biarkan sahaja, biar orang tahu perangai kau macam mana,” ujarnya.
Kisah peribadi
Bukan itu sahaja, Amani menegaskan seluruh ahli keluarganya tidak pernah mendedahkan isu peribadi secara terbuka.
“Kalau nak tahu keluarga bonda tak pernah kongsi hal keluarga secara online. Tapi apabila kami tunjuk tentang isu ini di media… nampak sangat betapa besar masalah ini sebenarnya.
“Benda boleh bawa berbincang, sama ada telefon atau mesej kami tapi dia tak nak juga,” ujarnya.
@sayasukamilktea Bila semua dah bersuara♬ original sound - sayasukamilktea
Must-Watch Video