Memandangkan negara kita dilanda gelombang ketiga wabak Covid-19, rata-rata sekolah tidak dibuka dan anak-anak digalakkan untuk belajar menerusi online.

Namun, perkara ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa. Ada yang buntu apa yang perlu dilakukan anak-anak selepas kelas?

Kini, ibu bapa tidak perlu risau lagi kalau anak-anak tiada aktiviti untuk dilakukan di rumah!

Slot terbaharu, Kelas #DudukRumah bakal bersiaran mulai 21 Oktober ini. Adik-adik tidak akan berasa 'kosong' lagi pada jam 3 petang kerana pelbagai program di Tutor TV menerusi saluran 601.

Di Kelas #DudukRumah, boleh belajar cara menulis, berbahasa dan bercerita dalam Bahasa Belayu dan Bahasa Inggeris dengan program Belajar Bersama Cikgu Eve dari 21 hingga 28 Oktober.



Kemudian, pada 29 Oktober pula belajar dan menang hadiah bersama geng Projek Lepas Sekolah.

Projek Lepas Sekolah merupakan sketsa akademik sekolah rendah yang mengisahkan cerita 5 kawan baik serta mengandungi pengajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah El Farabi, Phua Chandler, Alyssa Dezek, Ara Mysara dan Shaheed Rashid. Selebriti popular, Nabil Mahir dan Amelia Henderson pula hadir sebagai cameo!

Pada 30 Oktober, saksikan Sains D.I.Y. bersama Riena Diana, Nur Ranea Ezreen dan Kamarul Eqifshah.

Bagaimana adik-beradik bersama mak saudara mereka yang 'gila-gila' buat eksperimen sains secara DIY di rumah untuk dimuatnaik ke saluran YouTube?

Bukan itu saja ada hadiah yang boleh dimenangi. Bagaimana caranya?

1. Tengok Projek Lepas Sekolah dan Sains D.I.Y.
2. ‘Scan’ QR code di kaca TV anda, sign-up untuk kuiz, dan tunggu Wafiy muncul di kaca TV
3. Jawab kuiz bila tiba masanya di phone atau tablet anda
4. Hantar jawapan-jawapan anda sebelum program habis
5. Nama-nama pemenang akan diumumkan selepas program Sains D.I.Y.!

Senang kan? Anda mungkin berpeluang untuk memiliki sebuah tablet, smart watch, headphone, speaker, macam-macam lagi!

Jom saksikan slot terbaharu Kelas #DudukRumah di saluran Astro Tutor TV (601) mulai Rabu, 21 Oktober 2020, jam 3 petang.