Anak Bulan Syawal Tak Kelihatan, Arab Saudi Umum Aidilfitri Jatuh Hari Rabu
Amri Hassan
08/04/2024 22:23 MYT
08/04/2024 22:23 MYT
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Memetik laporan News 18, penentuan itu berikutan anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh cerapan pada Isnin di Arab Saudi.
Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Islam Morocco pula mengumumkan bahawa cerapan bagi melihat anak bulan akan dilakukan pada Selasa.
Dalam pada itu, India dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis ini.
Di Malaysia pula, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April ini di 29 lokasi di seluruh negara.BERITA TRENDING: Arab Saudi Cipta Sejarah, Rumy Al-Qahtani Wanita Pertama Sertai Miss Universe
Sumber: Awani, News 18
Memetik laporan News 18, penentuan itu berikutan anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh cerapan pada Isnin di Arab Saudi.
Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Islam Morocco pula mengumumkan bahawa cerapan bagi melihat anak bulan akan dilakukan pada Selasa.
Dalam pada itu, India dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis ini.
Di Malaysia pula, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April ini di 29 lokasi di seluruh negara.