Hiburan

Anak Fauziah Nawi Selamat Dikebumikan

Zulaikha Yusof
28/10/2019
01:28 MYT
Jenazah pengarah filem yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi, Pitt Haniff telah selamat dikebumikan sekitar jam 2 pagi di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Menurut laporan Astro Awani, arwah atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohammad Haniff, 43, sebelum itu dibawa dari Hospital Kuala Lipis sekitar jam 10.30 malam dan tiba di Kuala Lumpur dua jam kemudian.
Jenazah kemudian dibawa ke rumah ibunya di Taman Melati sebelum dikebumikan.
Selain keluarga, ramai kenalan dan rakan dalam industri turut sama hadir untuk memberikan penghormatan terakhir buat arwah.
Pengarah filem 'Coast Guard' itu meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga cahaya mata.
Pada Sabtu, Pitt dilaporkan lemas ketika memancing selepas bot yang dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang karam sekitar pukul 1 tengah hari.
BACA: Bot Karam, Anak Fauziah Nawi Hilang Ketika Memancing Di Kuala Lipis
BACA: Pencarian Sukar Kerana Arus Deras, Rakan-Rakan Selebriti Doakan Pitt Hanif Segera Ditemui
Jenazah ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.25 petang Ahad.
BACA: “Jenazah Telah Ditemui Dalam Keadaan Yang Elok” – Pitt Hanif Telah Ditemui
Sumber & Foto: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Selain Fauziah Nawi, Zur Eda, Razak Ahmad & Rosnah Johari Turut Menerima Jemputan Mengerjakan Umrah Daripada Yayasan Nurjiwa

gempak
21/04/2024
09:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zur Eda turut menyatakan rasa gembira dan syukur atas jemputan Yayasan Nurjiwa dan usahawan Jay Ibrahim Al Islam kepadanya.
Laman Utama

Ada Individu Guna Gambar Fauziah Nawi Kutuk Mawi, Ekin Di Platform X - "Saya Dah..."

gempak
06/10/2023
09:50 MYT
Perbuatan tersebut dianggap melampau
Laman Utama

"Syukur Penghargaan Ini Diberikan Ketika Masih Hidup"- Fauziah Nawi Tak Sangka Terima Gelaran Datuk Selepas 50 Tahun Jadi Anak Seni

gempak
04/07/2023
23:48 MYT
Fauziah Nawi Tak Sangka Selepas 50 Tahun Dalam Industri
Laman Utama

Genap 3 Tahun Anak Tercinta Pergi Menemui Ilahi, Nukilan Ibu Fauziah Nawi Undang Sebak Netizen

gempak
04/11/2022
09:00 MYT
Fauziah Nawi nukilan untuk arwah anak
Laman Utama

“Saya Tiada Kereta, Dah Terbakar…Nak Beli Tak Mampu…”- Selepas 4 Tahun, Fauziah Nawi Sebak Dihadiahkan Kereta

gempak
31/10/2022
02:41 MYT
Fauziah Nawi Sebak Dihadiahkan Kereta