Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anak Gadis Courteney Cox Kemaruk Warna Rambut, Bersolek

Maliah Surip
13/05/2021 12:40 MYT
Naluri seorang wanita memang mahu sentiasa kelihatan cantik. Malah, ada yang mula memakai solekan, mewarnakan rambut atau mengecat kuku pada usia yang masih kecil.

Anak gadis Courteney Cox iaitu Coco adalah salah seorang remaja yang mula bersolek dan mengubah warna rambutnya sejak kecil.

Kini, pada usia 16 tahun, Cox mengaku anaknya mungkin sudah lebih 1000 kali mengotorkan tandas mereka kerana melakukan proses menukar warna rambut.

"Orang bertanya kenapa saya membiarkan Coco bersolek tebal dan kerap? Saya rasa dia telah memakai alat solek sejak dulu. Dia suka berhias.

"Dia akan mewarnakan rambutnya warna ungu pada minggu lalu mungkin, dan menukarkan kepada blonde sebelum mewarnakan sekali lagi ke warna biru.

"Itu adalah cara dia mengekspresi dirinya sendiri," kata isteri David Arquette sewaktu ini muncul menjadi tetamu dalam program The Drew Barrymore Show baru baru ini seperti dilaporkan People.

Aktres berusia 56 tahun itu kemudian mengatakan dia akan selalu memberi dorongan dan menyokong apa yang dilakukan oleh anak gadisnya.

Sebagai ibu mereka memainkan peranan penting dalam melihat dan membantu anak anak membesar dengan cara mereka tersendiri.

"Saya fikir adalah penting untuk ibu bapa ikut dalam proses anak anak membesar dan mencari imej diri, tapi tentulah mesti ada sempadannya," kata Cox.

Cox bagaimanapun mengaku dia bukan seorang ibu yang tegas.

"Saya tak tegas, kadang kadang saya hanya akan menakutkan anak dengan mengatakan akan mengambil telefon bimbit mereka jika telah melampaui batas," katanya lagi.

Kredit Foto: People
#pelakon #Anak #Hollywood #Coco #Solekan #Warna Rambut #Courteney Cox