Viral

Anak Hempuk Kepala Ibu Guna Helmet Dipenjara 5 Bulan!

gempak
Gempak
08/08/2024
20:20 MYT
Sponsor Banner
Anak Hempuk Kepala Ibu Guna Helmet Dipenjara 5 Bulan!
Tindakan kejam seorang lelaki menghempuk kepala ibu kandungnya dengan topi keledar, berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, pada Khamis.
Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Ezat Hamidee Abdul Latib, 35, yang mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Asiah Mohd Said, 60, dengan cara memukul di bahagian kepala dengan topi keledar warna merah.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Tambak Bugis, Telok Mas, kira-kira jam 12.30 tengah hari, pada 4 Ogos lalu.

BERITA TRENDING: Kantoi Curang, Wanita Hempuk Suami Pakai Dulang! Tapi Netizen Pula Back Up Lelaki - "Sebab Bini Garanglah..."

BERITA TRENDING: Netizen Terharu Anak Istimewa Hadiahkan Bunga Mawar Buat Ibu Tercinta - "Uncle Yang Lelaki Ni Pun Nangis"

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua hukuman itu, sabit kesalahan.
Tertuduh memaklumkan dia melakukan perbuatan tersebut kerana berang ditegur oleh ibunya dan malu apabila keluarga mengetahui dia sebelum ini menjalani pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar memohon hukuman setimpal dikenakan kepada mangsa sebagai pengajaran lebih-lebih lagi mangsa merupakan ibu kandung tertuduh.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 Ogos lalu.
Dalam prosiding sama, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu memberikan dadah jenis methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, pada hari sama.
Namun tertuduh mengaku tidak bersalah dan diberikan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan pada 17 September depan bagi mendapatkan laporan patalogi.

BERITA TRENDING: Momen Sayu Ayah OKU Beri Duit Belanja RM50 Buat Anak Bongsu Jentik Hati Ramai, Kakak Kongsi Kisah Sebenar - "Memang Rutin Abah Setiap Kali ..."

BERITA TRENDING: Amir Sisi 'The Chosen One' Santuni Ibu Bapa, Rancang Masa Depan

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live