Viral
Netizen Terharu Anak Istimewa Hadiahkan Bunga Mawar Buat Ibu Tercinta - "Uncle Yang Lelaki Ni Pun Nangis"
Kisah seorang anak syurga yang menghidap sindrom Apert menghadiahkan sekuntum bunga mawar buat ibunya menarik perhatian warganet.
Menerusi sepotong video berdurasi 14 saat yang dimuatnaik pemilik akaun Sophia Hann, momen menerima hadiah bunga mawar itu benar-benar menyentuh perasaan.
"Hari ni kat sekolah buat bouquet, thank you anak soleh Mama," tulisnya.
@sopheahann Hari ni kat sekolah buat bouquet? Thank you anak soleh Mama?️ #AhnafAydeen #GoodAhnaf #ApertHero #ApertSyndrome #TuahAhnaf ♬ You to Me Are Everything - Acoustic - Plamina
Netizen
Gelagat comel itu menjentik hati ramai, selain turut mendoakan kebahagiaan kedua-dua anak beranak itu.
“Dahlah anak syurga, anak soleh lagi, syurga tertinggi la untuk awak adik.
“Uncle yang lelaki pun menangis tengok anak soleh ini.
“Semoga adik sentiasa dilindungi Allah.
"Kalau saya kak, dah banjir terjurai air mata semoga sihat selalu anak soleh," tulis beberapa warganet.
Untuk maklumat, sindrom Apert adalah gangguan genetik di mana tulang tengkorak bayi bercantum terlalu awal, menghalang perkembangan normal dan mengubah bentuk kepala dan muka.
BERITA TRENDING: Aliff Aziz Dilihat Bersama Tabligh, Bella Astillah Hanya Doakan Yang Terbaik - “Sekiranya Dia Mahu Berubah Ke Arah Lebih Baik, Saya Hanya…”
BERITA TRENDING: Anzalna Nasir Terbuka Kongsi Kehidupan Peribadi Di Laman Sosial - “Itu Cuma 10 Peratus ..."
BERITA TRENDING: Akui Sikap OCD Pernah Jejaskan Rumah Tangga, Zamarul Hisham Kini Pilih Untuk Lebih Berdiam Diri - “Kalau Nak Luahkan, Saya Kena Kawal”
BERITA TRENDING: Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"
Selain itu, beberapa jari kaki dan tangan juga bercantum, menyebabkan jari-jari tersebut melekat antara satu sama lain.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1.7 juta jumlah tontonan dan 314 ribu tanda suka di aplikasi Tiktok.
Must-Watch Video