Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Anak Jatuh Kitchen Counter, Isteri Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Ini Yang Patut Dilakukan Segera

Mya Amri
28/01/2019 09:49 MYT
“Budak bertuah ni baru lepas bagi mommy heart attack and buat Tok Yah menangis, dia jatuh kitchen counter. Noah… Noah,” itulah ayat yang menggambarkan perasaan isteri angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Dr. Halina Mohd. Yunos selepas anak bongsunya terjatuh.

Perkongsian itu dimuat naik sendiri di Instagramnya bersama beberapa tindakan pantas yang harus dilakukan oleh ibu bapa sekiranya mengalami kejadian sama.

Pesan Dr. Halina lagi, ibu bapa perlu peka dengan tanda-tanda perubahan yang berlaku pada diri anak-anak selepas terjatuh.

Berikut merupakan tips yang diberikan Dr. Halina.

Check conscious

“To parents out there… Kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu... check conscious level.

“Menangis ke tidak (nangis is good, that means your baby is conscious) pernafasan ok ke tidak. Look for any bump atau benjol (you can put ice to stop benjol from getting bigger).

Muntah

“Over time, check anak kita, kot-kot dia ada rasa nak muntah atau muntah-muntah kat rumah (feeling nauseous / muntah is NOT good).

“Make sure kaki dan tangan all boleh gerak macam biasa… If there's abnormality, bring to hospital immediately!”

Budak bertuah ni baru lepas bagi mommy heart attack and buat TokYah menangis... dia jatuh kitchen counter.. Noah.. Noah.. . To parents out there.. kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu... check conscious level.. nangis ke tidak (nangis is good, that means your baby is conscious) pernafasan ok ke tidak... look for any bump / benjol (you can put ice to stop benjol from getting bigger). . Over time, check anak kita, kot2 dia ada rasa nak muntah / muntah2 kat rumah (feeling nauseous / muntah is NOT good), make sure kaki & tangan all buleh gerak macam biasa.. if there's abnormality, bring to hospital immediately!

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih kerana berkongsi tips berguna buat ibu bapa selain mendoakan kesihatan Noah.

Terdahulu, Dr. Halina Mohd. Yunos dan Sheikh Muszaphar berkahwin pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta cahaya mata kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah pada 27 Julai 2017

Foto: Instagram @drhalina
#Dr.Halina #Dr.Sheikh Muszaphar Shukor