Pemergian adik Adam Rayqal yang berusia 5 bulan dalam keadaan yang tragis dua hari lalu telah meruntun hati rakyat Malaysia termasuk pengacara Faizal Ismail.

Faizal Ismail yang tersentuh dengan kejadian itu turut berkongsi pengalaman menghantar anaknya ke pengasuh.

Menurusi perkongsiannya di laman Instagram (IG), Faizal memberitahu sebelum isterinya berhenti bekerja dia pernah menghantar anak pertamanya ke rumah pengasuh.

Namun dia menyedari anaknya tidak gembira serta sering kelaparan setiap kali pulang dari rumah pengasuh itu.

Tanpa berfikir panjang, dia meminta isterinya berhenti kerja dan menjaga anaknya di rumah walaupun gajinya ketika itu hanya RM1000 hingga RM1500.

Semantara itu, Faizal juga turut berkongsi pengalaman bagaimana mereka kehilangan bayinya yang baru berusia 10 hari.

Faizal memberitahu dia dan isteri amat pedih menerima kenyataan anak mereka meninggal dunia kerana masalah kompilasi jantung ketika itu.

Namun, dia gembira kerana selepas kehilangan anaknya itu dia dikurniakan tiga lagi cahaya mata.

(Sambungan).... kami redah kehidupan di KL yg serba mencabar ini dan berserah kpd Allah. Pada peringkat awal, ia agak mencemaskan dan di sudut hati saya masih mengharapkan satu hari nanti isteri akan bekerja semula utk membantu kewangan keluarga. . Selepas satu fasa yg agak lama isteri berada di rumah, kami dpt merasakan perubahan yg lebih positif berlaku kpd hidup. Walau gaji tak setinggi mana, dari segi kehidupan kami lebih berjimat kerana tiada kos utk isteri keluar bekerja, tiada bayaran tambahan utk nursery atau org gaji, tidak makan di luar dgn kerap. Paling penting, hati semakin tenang kerana tiada kebimbangan tentang anak yg kini di bawah jagaan ibunya sendiri. . Secara tidak sedar, motivasi diri saya semakin meningkat dalam semua aspek termasuk pekerjaan dan tak lama selepas itu segala2nya sgt positif, pintu2 rezeki terbuka entah dari mana dan saya berjaya mencapai tahap yg saya mahukan dlm kerjaya saya sbg seorg penyampai dan pengacara. Alhamdulillah! . Selepas kehilangan anak kedua, Allah gantikan dengan tiga lagi cahayamata dan sehingga kini semua di bawah jagaan kami tanpa perlu isteri bekerja semula. Kami tidaklah kaya tetapi Alhamdulillah kami rasa semuanya cukup dan bahagia. Itu adalah definisi “kekayaan” sebenar buat kami. . Ini hanya perkongsian secebis kisah dari kehidupan saya sebagai manusia biasa, suami dan ayah. Saya dan isteri bukanlah ibu bapa contoh kerana kami juga tidak sempurna.. namun sekiranya ada ibu bapa yg berazam utk menjaga sendiri anak2, saya dan isteri mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan sentiasa berserah kepada Yang Maha Esa. . Logik akal kita mungkin mengatakan angka2 RM yg kita dapat dalam sebulan tidak akan cukup.. tetapi jika kita seimbangkan dgn faktor2 kebahagiaan lain dalam kehidupan.. InshaAllah nilai tambahnya akan nampak lebih ketara. Lagipun harga sebuah kebahagiaan tidak mampu dibayar dgn RM berjuta. . Kehidupan kita adalah berdasarkan apa yg kita mahu capai. Kita tidak boleh hidup dengan merujuk kepada kehidupan org lain. Usaha dan berserahlah kpd Dia.. Maha Mendengar dan Memberi.

A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on


Faizal dan isteri kini membesarkan empat orang anak mereka yang lain iaitu Nur Khairina Iman, 16, Muhammad Khalish Iman, 7, dan Khayla Nur Iman, 5 dan Qalisya, 1.

Foto: IG Faizal Ismail
Teks oleh: Syafiqah Jalal