Hiburan
Anak Kedua Nikahi Gadis Indonesia Beatrice Valeria Chitra, Sheila Rusly; "Sebagai Ibu, Saya Syukur Lihat Mikha Temui Pasangan ..."
Anak kedua kepada pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail Azman, 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Beatrice Valeria Chitra, 24, pada Jumaat lalu.
Luth Mikhail dan Beatrice terlebih dahulu bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
BERITA TRENDING: [VIDEO] "Tak Nampak Macam 51 Pun" - Baru Sambut Hari Jadi, Netizen Kata Sheila Rusly Nampak Awet Muda
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan dalam suasana yang sederhana namun penuh bermakna, disaksikan oleh keluarga terdekat, rakan-rakan, dan sahabat handai kedua-dua pihak.Sheila yang juga isteri kepada pengarah terkenal Azman Yahya atau dikenali sebagai Jinggo meluahkan rasa terharu selain berkongsi kegembiraan melihat anaknya melangkah ke alam perkahwinan.
"Sebagai seorang ibu, saya amat bersyukur melihat Mikha kini menemui pasangan hidup yang terbaik untuknya. Saya mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
"Dalam detik istimewa itu, dengan penuh rasa kasih sayang, saya tidak lupa berdoa agar ikatan suci yang sedang dijalin mereka menjadi ladang kebahagiaan yang subur sampai bila-bila, insya-Allah," katanya.
BERITA TRENDING: Ibu Mentua Dah Tanya Bila Nak Ada Anak Kedua, Elisya Sandha Pula Mahu Beli Rumah
Pasangan kedua mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis persandingan yang penuh indah hasil sentuhan Juweinezain Bridal Gallery di Geo Resort & Hotel Genting Highland dengan dihadiri ahli keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan artis.BERITA TRENDING: Netizen Tanya Perasaan Fasha Sandha Lihat Sheila Rusly Jadi Mentua Elisya; “Saya Yang Menyatukan…”
Luth Mikhail dan Beatrice Valeria yang masing-masing kelihatan anggun dan tampan pada hari istimewa menzahirkan rasa syukur atas pernikahan tersebut yang berjalan lancar.Perkahwinan ini turut mendapat perhatian ramai peminat Sheila yang tidak henti-henti memberikan ucapan tahniah dan doa melalui media sosial.
Pihak keluarga juga memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan pengantin ini sepanjang perkahwinan mereka.
Terlebih dahulu, Beatrice yang berbangsa Cina dari Jakarta Indonesia telah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu.
BERITA TRENDING: “Saya Tak Kata Pun Datang Set Kena Sujud Kaki, Sembah Saya…Tak Perlu!” – Shiela Rusly
Must-Watch Video