Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Anak Kena Buli Di Sekolah, Tam Spider Enggan Dilabel ‘Lebih Sudu Daripada Kuah’ - “Kalau Kes Gaduh, Saya Boleh Cakap Pada…”

Ernalisa
11/10/2024 02:55 MYT
Penyanyi, Tam Spider tidak mahu isu buli membabitkan anaknya diperbesar-besarkan sehingga dia dicop sebagai punca utama pelajar yang terlibat dikenakan tindakan oleh pihak sekolah.


BERITA BERKAITAN : Mayat Wanita Hilang Ditemui Dalam Perut Jerung

BERITA BERKAITAN : Tragedi UiTM Dungun: Wanita Disyaki Langgar Pelajar Direman 4 Hari

BERITA BERKAITAN : Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

BERITA BERKAITAN : "Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

Malah kata Tam, dia juga mahu memperbetulkan keadaan berikutan dakwaan mengatakan semua pelajar yang terlibat telah dibuang sekolah, sedangkan mereka hanya dibuang asrama.


“Saya tak nak orang ingat saya ‘lebih sudu daripada kuah’, tapi itu tidak bermaksud saya menyokong kes buli. Tidak!”


“Sejak kes buli ini mendapat liputan luas di media, saya perasan seolah-olah saya yang ‘berlebih-lebih’ hingga menyebabkan pelajar yang terlibat dikenakan tindakan.
"Sekalipun mereka dikenakan tindakan, itu tidak salah kerana mereka memang melakukan kesalahan.


“Ini bukan macam kes gaduh. Kalau kes gaduh, saya boleh cakap pada anak saya ‘padan muka kau’, siapa suruh bergaduh?


"Tapi ini kes buli. Sebagai bapa saya pun tak pernah jentik anak, apatah lagi orang sentuh anak saya, pasti saya sebagai bapa tak suka.

"Cuma saya tidaklah berlebihan sebab anak-anak itu semua pun bapa-bapa mereka kawan saya juga. Lagipun saya fikir lagi masa depan budak-budak tu.

“Cuma yang tak sedapnya, saya dengar ada yang mula bercakap seolah-olah saya menjadi punca anak-anak mereka dikenakan tindakan disiplin.

"Saya faham perasaan ibu bapa pembuli dan ibu bapa mangsa buli, cuma janganlah diperbesarkan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Tam juga berharap agar orang ramai memberi ruang kepada pihak sekolah dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan hingga selesai.

“Sebenarnya, dalam kes ini saya pun tak buat laporan polis, tapi saya tahulah anak saya antara salah seorang mangsa buli.

“Tahu-tahu, saya dipanggil pihak sekolah untuk kes ini. Jadi saya pergi macam biasa untuk beri kerjasama,” katanya.

Tambah Tam lagi, pihak sekolah telah memaklumkan bahawa satu perjumpaan bersama ibu bapa pelajar yang terlibat akan diadakan pada Isnin depan.

“Saya ikut saja, jadi saya tak boleh komen lebih-lebih dan saya hanya tunggu pertemuan itu. Itu saja,” katanya.

Tam juga menegaskan bahawa anaknya kini berada dalam keadaan baik dan tidak trauma.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa anak lelaki Tam Spider yang berusia 14 tahun menjadi mangsa buli.

Dalam perkembangan lain, pihak polis telah merekodkan keterangan beberapa pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah berasrama penuh bagi membantu siasatan kes buli.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya telah membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas menerima 12 laporan polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua mangsa terdiri daripada pelajar berusia antara 14 hingga 16 tahun, manakala pembuli pula terdiri daripada pelajar berusia 17 tahun.

#Over #Tam #Spider #dilabel #enggan
;