,
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

Maliah Surip
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Beliau pertama kali dikenali sebagai vokalis kumpulan Headwind sebelum bergerak solo sekitar tahun 1989.
Melewati usia 40 tahun menjadi pelaku seni dan puluhan ribu kali menghiburkan peminat dalam pelbagai persembahan skala besar atau kecil, Zainalabidin memegang satu prinsip yang sama.
Sejak dahulu sehingga kini, beliau yang sudah mencecah usia 64 tahun tidak pernah menyanyi secara miming.
Miming menerusi definisi Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud mengiming-iming ataumenunjuk-nunjukkan sesuatu dengan tujuan hendak memujuk atau memikat hati sementara Wikipedia menterjemahkan miming sebagai teknik penyegerakan bibir.
“Saya memang tidak pernah menyanyi secara miming. Saya penyanyi yang bagus mengapa mahu miming?”ujar Zainalabidin sewaktu ditemui pada majlis sidang media Festival Drums & Percussion Malaysia 2024 di Hotel Impiana, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Noraniza Idris Kecewa Dituduh Miming Sepanjang Konsert Qalam - “Buat Apa Saya Pergi Latihan Nyanyian..”

Menurut pelantun Memori Luka dan Suraya ini lagi, menggunakan alasan seperti tidak sihat misalnya untuk menyanyi secara miming hanya akan membuat kredebiliti penghibur dipandang enteng.
“Jika penyanyi seorang profesional, tidak ada kaki atau tangan seperti ahli sukan paralimpik yang tidak sempurna, kita tetap akan melaksanakan tugas kita.
“Jadi sakit itu semua alasan kerana seorang penyanyi profesional kita tidak akan menyanyi secara miming,” tambahnya lagi.

BERITA TRENDING: Suara Sumbang Keisya Levronka Pemenang AIM 23 Jadi Perhatian, Netizen Pernah Minta Miming Saja

Zainalabidin juga berikrar selagi masih mampu menghiburkan peminat, beliau tidak akan membuat persembahan secara miming.
“Insha allah tidak akan berlaku (miming). Memang tidak akan kerana bila seorang penyanyi mula miming, maksudnya anda bukan seorang penyanyi,” tutup Zainalabidin.

BERITA TRENDING: [VIDEO]: “Saya Minta Maaf Dianggap Memalukan AIM23 Kerana Miming…”- Janna Nick Perjelas Status Kesihatan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
Hiburan

Perkongsian Foto Hitam Putih Buat Peminat Risau, Aweera Akui Alami Kemurungan - "Terus Terang Saya Agak Murung Selepas..."

gempak
09/10/2024
18:55 MYT
Penyanyi Aweera tampil menjawab spekulasi netizen susulan perkongsianya di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 6

gempak
09/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Efek Rumah Kaca: Di Udara Kuala Lumpur

gempak
09/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Efek Rumah Kaca: Di Udara Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
BorakSeeni