Pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz mengakui puteri sulungnya, Putri Aleesya yang berusia
empat tahun kini lebih rapat dengan suami, Romie Razin Adilha Abd Jais.
"Semenjak saya hamil anak kedua, Aleesya lebih rapat dengan suami. Sebelum ini, dia
lebih manja dengan saya tetapi mungkin sindrom kehamilan anak kedua membuatkan Aleesya
lebih rapat dengan suami.
"Tetapi, Aleesya sudah mula faham mengenai keadaan saya yang sedang hamil dan Aleesya
juga tahu dia bakal mendapat seorang adik. Saya berharap agar proses kehamilan saya
dipermudahkan," kata Hanez.
Tambah bintang drama bersiri Love You Mr. Arrogant itu, dia juga bersyukur kerana tidak
lagi mengalami alahan seperti di awal kehamilan.
"Saya mengalami alahan teruk di tiga bulan pertama kehamilan. Namun begitu, semuanya
kini baik-baik sahaja, cuma berat badan saya yang tidak naik banyak seperti kelahiran
pertama.
"Biarpun saya hamil, saya masih aktif menjalankan tugas sebagai duta produk Deeja
Cosmetic dan masih bersemangat menghadiri sesi turun padang bersama pengguna," katanya
lagi.
Hanez ditemui di majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah 2018 Deeja Cosmetic di The
H, Hartamas baru-baru ini.
Di majlis itu, Hanez menyampaikan hadiah seperti Perodua Axia, barang kemas, iPhone
serta wang tunai kepada pengguna bertuah yang menyertai cabutan terbabit.