Penyanyi rap Loca B terkilan apabila usaha untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia buat anaknya, Yusuf tidak berhasil.
BACA: "Saya Tak Mahu Kongsi" - Loca B Tutup Rapat Kisah Peribadi & Keluarga
Biarpun berkali-kali naik turun mahkamah untuk mendapatkan hak buat anak lelakinya itu, kata Loca B atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali, 29, namun usaha itu masih gagal.
Loca B meluahkan rasa kesalnya menerusi sepotong video dalam bahasa Inggeris dan Melayu berdurasi 2 minit 47 saat yang dikongsikan di Instagram kepada peminatnya pada Selasa.
"Saya dalam perjalanan ke Pesuruhjaya Sumpah untuk menyelesaikan hal berkaitan dokumen permohonan kerakyatan Yusuf.
"I have not broken down, benda ni dah tertangguh selama dua tahun kerana PKP dan apabila lepas berusia 7 tahun nanti hampir mustahil untuk dia mendapat kerakyatan.
"Yusuf akan berusia 6 tahun pada tahun hadapan dan saya risau dengan masa depan dia di negara ini. Saya cuma mahu dia bersama dengan saya, ia tidak sepatutnya sesukar ini untuk anak saya tinggal dengan saya di negara ini," kata Loca B menerusi hantaran video di Instagramnya.
Dalam video sama, Loca B antaranya dilihat mengatakan berasa didiskriminasi di negara sendiri apabila hak kerakyatan anaknya berdepan jalan yang sulit.
"Sepatutnya Yusuf mendapat kerakyatan ketika dia dilahirkan. Saya patutnya mendapat hak untuk memindahkan kerakyatan saya kepada anak saya. Tak kisah dengan siapa saya berkahwin atau dengan siapa saya bersama.
"Kalau lelaki boleh direct kenapa wanita tidak boleh? Kita tinggal di negara yang kerajaannya mendiskriminasi wanita. Kerajaan okey untuk menerima rayuan, untuk menidakkan hak saya sebagai wanita di negara saya.
"Apa yang dia boleh buat kalau dia ada dua kewarganegaraan pun sekarang sebab dia ada hak untuk memilih apabila sudah dewasa kelak," tambahnya yang turut memetik nama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam hantaran terbabit.
Pernah berdepan waktu sukar sebelum ini, Loca B percaya kepayahan yang dilaluinya untuk mendapatkan hak buat anaknya itu pasti lebih sukar bagi wanita lain yang kurang bernasib baik sepertinya.
"Jangan fikir pasal saya je, bagaimana dengan orang lain yang tidak punyai rezeki seperti saya? Fikirkan juga golongan ibu seperti saya.
"Ingat murah ker nak buat visa, kalau terlepas kena bayar RM700 tahu tak? Dulu aku tak ada duit, sakit! Tiap-tiap tahun nak renew kena bayar RM150, masih duit dan masa.
"Kalau kau warganegara Malaysia bagilah, kenapa bapa je boleh bagi?" ujarnya lagi.
Penyanyi yang menggunakan akaun Instagram @kuning.langsat itu turut memberitahu visa Yusuf akan luput ekoran operasi pejabat imigresen yang tidak dibenarkan sebarang temujanji kerana pandemik COVID-19.
Bagi membolehkan pembaharuan visa, Loca B perlu mendapatkan surat hak penjagaan anak menerusi prosedur di mahkamah.
Lebih dikesalkan apabila tarikh perbicaraan di mahkamah untuk proses mendapatkan surat tersebut telah dipindahkan dari Jun ke bulan Disember.
Loca B bagaimanapun tidak memperincikan mengenai tempat kelahiran Yusuf.
Amri Hassan
Tue Sep 28 2021
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.