Anak Muda Kelantan 'Banjiri' Golok Untuk Berhibur - "Hari Biasa Ramai, Hujung Minggu Lagi Ramai"
Gempak
05/11/2024 01:57 MYT
05/11/2024 01:57 MYT
Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand menjadi 'pusat hiburan' kepada rakyat Serambi Makkah terutama anak muda pada hujung minggu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan sekerjanya di sana kelmarin mendedahkan bahawa sangat ramai anak muda dari negeri ini terutama pada Jumaat dan Sabtu ke sana untuk berhibur.
"Kalau hari minggu hendak masuk ke pusat hiburan sampai kena tunggu giliran, yang ini keluar yang ini masuk.
"Penuh....terlalu ramai. Hari biasa pun ramai, hari minggu lagi ramai," katanya kepada pemberita selepas majlis suai kenal bersama media, pada Isnin.
Menurut beliau, pihak Polis Kelantan tidak boleh berbuat apa-apa kerana kerana di sebelah Thailand mereka tidak sekat kemasukan rakyat asing sebagaimana di Malaysia.
Ujarnya, di sini rakyat asing yang masuk secara haram akan ditangkap di bawah Akta Imigresen tetapi berbeza di sana tidak macam ini.
Mohd Yusoff memberitahu, sukar untuk pihaknya halang kerana rakyat Kelantan ke sana melalui pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok.
"Sebenarnya tiada istilah pangkalan haram kerana tanah yang wujud di sepanjang Sungai golok adalah tanah individu bukannya rizab sungai.
"Kita tidak boleh buat apa-apa kerana dia buat pangkalan atau jeti di belakang rumah sendiri. Jadi ia bukan jeti haram, nak halang macam mana," katanya.
Ujarnya, antara langkah yang paling relevan untuk dilaksanakan ialah dengan mengambil alih tanah penduduk untuk dijadikan buffer zone.
Mohd Yusoff memberitahu, ia bertujuan untuk membuat tembok atau sebagainya sepertimana benteng di Kampung Laut, Tumpat.
"Jalan penyelesaian terbaik ialah buat tembok. Selain cegah banjir ia dapat halang kes rentas sempadan.
"Hanya itu cara terbaik setakat ini selain pengawasan serta menggunakan teknologi dron dan sebagainya," katanya. - SINAR HARIAN
BERITA TRENDING: Penyanyi Kelantan & 5 Rakyat Malaysia Dibawa Ke Mahkamah Thailand, Netizen Simpati Dengan Nasib Keluarga
Rakyat Kelantan hanya perlu menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram yang ada untuk berhibur di sana, selain dipercayai menikmati 'sajian' dadah ditawarkan di pusat-pusat hiburan.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan sekerjanya di sana kelmarin mendedahkan bahawa sangat ramai anak muda dari negeri ini terutama pada Jumaat dan Sabtu ke sana untuk berhibur.
"Kalau hari minggu hendak masuk ke pusat hiburan sampai kena tunggu giliran, yang ini keluar yang ini masuk.
"Penuh....terlalu ramai. Hari biasa pun ramai, hari minggu lagi ramai," katanya kepada pemberita selepas majlis suai kenal bersama media, pada Isnin.
Menurut beliau, pihak Polis Kelantan tidak boleh berbuat apa-apa kerana kerana di sebelah Thailand mereka tidak sekat kemasukan rakyat asing sebagaimana di Malaysia.
Ujarnya, di sini rakyat asing yang masuk secara haram akan ditangkap di bawah Akta Imigresen tetapi berbeza di sana tidak macam ini.
Mohd Yusoff memberitahu, sukar untuk pihaknya halang kerana rakyat Kelantan ke sana melalui pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok.
"Sebenarnya tiada istilah pangkalan haram kerana tanah yang wujud di sepanjang Sungai golok adalah tanah individu bukannya rizab sungai.
"Kita tidak boleh buat apa-apa kerana dia buat pangkalan atau jeti di belakang rumah sendiri. Jadi ia bukan jeti haram, nak halang macam mana," katanya.
BERITA TRENDING: Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Ditahan Bersama Pil Kuda?
Menurut beliau, perkara ini telah dibincangkan dengan Menter Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada Isnin.Ujarnya, antara langkah yang paling relevan untuk dilaksanakan ialah dengan mengambil alih tanah penduduk untuk dijadikan buffer zone.