Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Anak Ni Masa Kecil Je Kita Penat Menjaga, Bila Besar Kita Akan Rindu”- Raja Farah

Syafiqah Jalal 26/07/2019 | 04:14 MYT
Pelakon dan pengacara Raja Farah terasa cepat masa berlalu apabila anak bongsunya kini sudah mencecah usia empat bulan.
Menurut Raja Farah, sebagai ibu dia akui penat menjaga anak-anak terumata ketika mereka masih kecil.
Namun ia hanya seketika sahaja kerana Raja Farah berkata dia pasti akan merindui momen sewaktu anak-anak kecil bila mereka mula dewasa.
“Tak lama lagi ilham nak masuk umur 4 bulan dah...cepat betul masa berlalu...2 months after that, ilham dah boleh start makan..
“Anak-anak ni masa kecikl je kita rasa penat & renyah nak menjaga...bila mereka dah besar, kita akan rindu masa dorang kecil...
“But of course, bila mereka dah besar, cabaran lain pula yang datang...but it’s okay..we mother will do our best for our kids kan..? “ tulisnya.
Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kemas kini tersebut dia memuat naik fotonya bersama bayinya, Iham Iskandar
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya terutama golongan ibu yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.
Terdahulu, Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Imran, 3 tahun.

Tak lama lagi ilham nak masuk umur 4 bulan dah...cepat betul masa berlalu...2 months after that, ilham dah boleh start makan.. — Anak2 ni masa kecik je kita rasa penat & renyah nak menjaga...bila mereka dah Besar, kita akan rindu masa dorang kecik... — But of course, bila mereka dah besar, cabaran lain pulak yg dtg...but it’s okay..we mother will do our best for our kids kan..? ? ? — #rajafarah #theilhamiskandar

A post shared by Mama to Imran & Ilham Iskandar (@rajafarahraziz) on

#pelakon #Anak #Baby #Pelakon #Raja Farah
;