Semalam, video dashboard yang merakam kelibat seorang kanak-kanak yang nyaris dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan viral di media sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan kereta yang dipandu oleh pemilik video terpaksa menekan break dengan cepat apabila kanak-kanak berkenaan melintas tanpa melihat kiri dan kanan.

Begitupun, apa yang menjadi bualan netizen adalah gaya ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut yang dilihat tidak menunjukkan sebarang rasa ‘panik’ ketika kejadian berlaku.

Menerusi maklum balas netizen, ramai yang mempertikaikan ibu kanak-kanak itu yang langsung tidak menunjukkan sebarang tanda meminta maaf kepada pemandu.

“Selamba je parents dia tak mintak maaf ke apa? Kalau gini cara dia kena turun ceramah anak ceramah mak bapak sekali,” tulis seorang netizen.

“Kalau aku lah kan, kalau aku… memang aku akan parking tepi, pergi sound mak bapak tu. Tua tak tua sound tetap sound. Aku bawak motor, orang lain bawak kereta tak bagi signal masuk line pun aku boleh sound. Bab atas jalan ni aku memang baran sikit,” ungkap seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi tentang pengalaman yang hampir serupa ketika mereka masih kecil.

“Masa kecik dulu aku pernah eh lintas macam ni pastu balik rumah memang kena libas sebab hampir nak buat org accident,” kongsinya.

Tetapi, ada juga yang mencadangkan supaya ibu bapa lebih mendisplinkan anak-anak ketika berada di luar.

“Budak perangai begini takda disiplin, patut mak ayahnya yang berakal kena beli safety strap kat dia. Biar kena kritik, jangan mati anak. My 4th son begini lah. Aku beli safety strap aje. Sebab tinggi risiko nak lari kan diri and hilang. Biar orang pandang-pandang tak peduli aku,” katanya.