Anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Alisa Aisyah mencuri perhatian wargamaya apabila aksinya tersepit di celahan pemegang kerusi.

Menerusi laman sosial Instagram, Hairul berkongsi video anak bongsunya itu untuk tatapan umum.

“Aisyah!!!!” tulis Hairul ringkas sebagai kapsyen video.

Aisyah !!!!!!!! ? @thealisaaisyah ?

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Aisyah kelihatan merengek apabila tersepit di bahagian pemegang dan Hairul tampil membantu mengeluarkan anaknya.

Aisyah berjaya dikeluarkan dan dia tersenyum dan kembali bermain dengan abangnya selepas kejadian tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi ganas Aisyah.

Malah, mereka turut menyatakan perangai anak nombor dua sememangnya begitu.

“Anak nombor dua memang ganas, perangai lain macam haha,” usik seorang wargamaya.

“Aisyah ingat dia macam Bujibu kot, boleh masuk keluar dari situ,” kata seorang wargamaya.

“Hahaha tersepit pun comel ye,” puji seorang wargamaya.

“Haha taktau nak kesian ke nak gelak, notinya dia ni,” komen seorang wargamaya.

“Budak ni lagi banyak akal daripada abang dia. Lepas tu buat muka macam takde perasaan haha comel!” tulis seorang wargamaya lagi.

Imbas kembali, Hairul dan isterinya pelakon Hanis Zalikha telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.