gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aiman Ameer Bergegas Pulang Ke Johor, Bapa Kritikal Di ICU Akibat Serangan Jantung - “Doktor Kata Macam Tiada Harapan”
HIBURAN
Irfan Zaini Terkejut Peminat Wanita Jadi Mangsa Keganasan Gara-Gara ... - "Susah Nak Kawal Kerana Mereka Sayang ..."
HIBURAN
“Walaupun Pilihan Lagunya Salah, Tapi Siapa Sangka…” - Ziana Zain
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

KELUANG MAN

Teka-Teki Terjawab, Buat Masa Ini Naim Daniel Bukan Tiong Man

gempak
Mya Amri
18/06/2025
04:22 MYT
Sponsor Banner
Teka-Teki Terjawab, Buat Masa Ini Naim Daniel Bukan Tiong Man
Teka-teki penonton akhirnya terjawab, Naim Daniel bukanlah pelakon yang akan menjayakan watak Tiong Man seperti didakwa netizen sebelum ini.

Tiong Man masih belum ditetapkan

Berita itu disahkan oleh Penerbit Eksekutif filem Keluang Man, Raja Jastina Raja Arshad.
Menurut Jastina, setakat ini, pihak Astro Shaw masih belum menetapkan siapa pelakon yang akan membintangi watak Tiong Man.

“Buat masa ini kami masih belum membuat keputusan siapa yang akan memegang watak-watak dalam sekuel filem Keluang Man.

“Kami akan umumkan kepada semua apabila kami benar-benar pasti siapa yang akan membintangi karakter itu.

“Jadi Naim Daniel bukan Tiong Man, bukan untuk waktu sekarang,” katanya ketika ditemui Gempak.

Kesinambungan Keluang Man

Kata Jastina lagi, pasukan kreatif Keluang Man masih lagi menggarap jalan cerita yang akan diketengahkan dalam sambungan filem itu kelak.

“Apa yang anda lihat dalam filem Keluang Man itu tidak semestinya seperti apa yang anda fikirkan.

“Pasukan kreatif kami juga masih menggarap jalan cerita dan karakter-karakter yang akan diketengahkan kelak.

“Segala kemungkinan boleh berlaku, jadi kena nantikan kesinambungannya,” jelasnya.

Terdahulu, netizen mula meneka sama ada Naim yang bakal memainkan watak Tiong Man berikutan terdapat beberapa babak yang seolah-olah memberi hint tentang karakter itu.
Topic Berkaitan
#Keluang Man
#Naim Daniel
#Jastina
#Tiong Man
Must-Watch Video