Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak Perempuan Norreen Iman Jadi Mangsa Buli - “Kena Sepak, Tolak, Ni Kaki Dah Luka…”

Asyikin Mayudin
16/05/2024 01:55 MYT
Pelakon Norreen Iman mendedahkan anak perempuannya iaitu Ellen menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan puterinya itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Kaki Luka Disebabkan Kena Buli

Norreen menerusi Instagram miliknya berkata dia sudah mengikut prosedur sekolah dengan membiarkan guru displin menyelesaikan masalah buli yang terjadi.

“Ya Allah minta lindunglah anak aku ni. Berkali-kali dah kena. Kena sepak, kena tolak, ni kaki dah luka. Sampai dia cakap dah tak selesa makan kat sekolah. Agaknya rasa sakit sangat sampai muntah dia.

“Bukan tak pernah datang sekolah. Aku datang. Cuma aku ikut law. Biar cikgu disiplin selesaikan. Pergi umrah, anak aku kena lagi. Sampai menangis dia. Adik ipar cuba cari, budaknya tak ada.

“Okay tak apalah sabar. Ni kaki luka, balik badan terus dedor. Siapa yang tak naik angin? Dahlah anak aku ni sejenis happy go lucky sangat-sangat. Kalau aku tak cakap dan beritahu itu merupakan pembulian, dia takkan faham,” kongsinya.

Kena Sentiasa Periksa & Ambil Tahu

Pada perkongsian yang sama, Norreen turut menasihati ibu bapa agar sentiasa memeriksa dan bertanyakan perkembangan mengenai keadaan anak-anak di sekolah daripada guru mereka.

“Aku harap korang periksa la anak korang kat sekolah. Apa anak korang buat. Minta update dari cikgu. Harap cikgu pun bagi kerjasama. Kalau anak murid ada complain, in bukan perkara, ‘ala biasalah budak-budak’.

“Harap kita sebagai ibu bapa ada dapat update juga what happened kat sekolah. Bukan hanya harapkan anak yang beritahu sahaja.

“Bapa pun dah naik angin juga, macam mana aku nak tenangkan my husband knowing that her daughter kena macam ni sekali?” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Dibuli Lepas Kekasih Mati, Penyanyi Nathan Ngai Buat Cubaan Bun*h Diri

BERITA TRENDING: Diejek Muka Berkurap & Kurus Seperti Mumia, Wanita Ini Santau Pembuli - “Aku Gembira Melihat Dia Menderita”

#Mangsa buli #Norreen Iman #Anak Norreen #Anak Norreen mangsa buli #Sekolah buli
;