Berita

Anak Rebecca Nur Al-Islam Dijangkiti Influenza H1N1

ZULHILMI JALIL
06/12/2019
01:25 MYT
Anak pelakon Datin Nur Rebecca Nur Al-Islam, Nor Anggerik Renesmee, 7, disahkan menghidap Influenza H1N1.
Perkara itu dikongsikan Rebecca, 33, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram malam tadi.
Menurut Rebbeca, anak perempuannya itu kini sedang mendapatkan rawatan di Gleaeagles, Kuala Lumpur.
"Makan malam hari ini di hospital menemani cinta hatiku @noranggerikrenesmee yang didapati mmenghidap Influenza H1N1.
"Nasib bertindak pantas disebabkan penyakit ini sangat merbahaya kerana malam tadi dah menyerang hingga ke tulang sampaikan dia tidak boleh berjalan. Alhamdulillah, Allah bersamamu anakku," tulisnya.
Perkongsian Rebbeca itu kemudian mendapat perhatian dalam kalangan pengikutnya yang mendoakan agar anaknya itu cempat sembuh.
Rebecca mendirikan rumah tangga dengan, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael dan Nor Ahmat Al-Reaggan selain dua orang anak angkat, Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Riana yang berumur antara setahun hingga 11 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.