Anak kepada pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, Aaisyah Dhia Rana disahkan telah dijangkiti demam campak ketika usianya lima tahun.

Berita tersebut dihebahkan menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram Aaisyah, @aaisyahdhiarana111.

"Stress nak layan campak ni, tidur dulu lah #aaisyahdhiariana #chickenpox #2019," tulisnya sebagai kapsyen.

Sementara itu, menerusi ruangan komen foto tersebut, pengikut IGnya mula memberikan beberapa petua untuk menghilangkan demam campak.

Antara petua yang diberikan adalah dengan menggunakan daun semambu dan banyakkan minum air kelapa.

"@wayra.exclusive: Alahai semoga cepat sembuh. Kalau tak jumpa daun semambu, boleh beli minyak daun semambu."

"@nysamusa: Sabun himalaya atau daun semambu bagus. Anak baru lepas kena chicken pox beberapa bulan lepas.

"@zahas_collection: Beli bedak daun semambu. Cepat sembuh nanti chickenpox tu."

"@cikkriffa_: Makan sup ketam dan minum air kelapa."

"@iamsrnh: Cuba kasi minum air kelapa muda."

Terdahulu, Aaisyah telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selama beberapa hari akibat demam.

BACA: “Ya Allah, Demam Pun Still Cantik”- Anak Che Ta Jatuh Sakit, Ramai Doakan Aaisyah Dhia Rana

Aaisyah merupakan anak Che Ta hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin.

Che Ta mempunyai dua orang anak sebelum itu bdari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra.

Stress nak layan campak ni , tidoq dulu lah .. . #aaisyahdhiarana #chickenpox #2019

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on