Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) dilaksanakan bermula semalam, antara kedai yang menjadi tumpuan umum adalah pajak gadai.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @theiliaqilah berkongsi sekeping foto suasana yang diambil di hadapan sebuah kedai pajak gadai di Taman Jubilee, Ipoh.

Menurut Ili, kelihatan seorang makcik sedang melakukan proses pinjaman bagi menyara keluarganya selepas gaji harianya sebagai tukang cuci sudah habis dan wang Bantuan Prihatin Negara (BPN) masih belum diperolehi.Tambah pilu apabila anaknya mengidap sakit asma dan perlukan bantuan kewangan.

“Makcik kenapa harini jugak beratur? Tunggu esokkan boleh?” tanya Ili kepada makcik tersebut.

"Ada anak sakit asma. BPN belum dapat, gaji pun dah habis sebab makcik cleaner harian,” balas makcik itu lagi.

Malah, Ili tidak berkesempatan mendapatkan nombor telefon makcik tersebut kerana dia kelihatan seperti tidak selesa.

Perkongsian Ili mengenai keperitan makcik tersebut telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya.



Ramai yang turut bersedih akan nasib yang menimpa keluarga makcik tersebut dan mendoakan agar urusan keluarga makcik tersebut dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan urusan makcik tu sekeluarga,” komen seorang wargamaya.

“Sama dekat Ampang. Panjang betul beratur dekat pajak gadai. Semua orang dah terdesak, kesian sangat,” kata seorang wargamaya.

“Mohon jasa baik warga Ipoh yang berhati dermawan. Dapat membantu urusan makcik ni. Semoga diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” doa seorang wargamaya.

“Alhamdulillah makcik tu ada barang kemas. Emas naik banyak sekarang ,jadi untung disitu. Barang kemas Insya-Allah boleh dapat balik lepa ni. Makcik ni bijak.Tu je saya boleh cakap. Saya selalu pesan kat adik-adik yang baru kerja, tak payah travel dulu, beli kereta, minum Starbucks hari-hari. Beli emas dulu,” luah seorang wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian Ili telah mendapat hampir 7,000 ulang kicau dan 6,000 tanda suka daripada wargamaya.