gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isteri Fail Cerai Selepas 4 Bulan Kahwin, Ini Respons Fikry Ibrahim
HIBURAN
4 Bulan Kahwin, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai
VIRAL
Shaniena Bengang Kena Judge Cara Jaga Baby - “Terpaling Mak Mak Tolong Diam! Anak Aku, Lantaklah Nak Besarkan Dia”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Anak Saya Mesti Berbintikan Zainal Abidin, Kalau Bukan Maka…” - Zainal Abidin

gempak
Asyikin Mayudin
18/06/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Anak Saya Mesti Berbintikan Zainal Abidin, Kalau Bukan Maka…” - Zainal Abidin
Penyanyi Datuk Zainal Abidin enggan mengulas mengenai kenyataan dipercayai daripada anak perempuannya iaitu Timur Gabriel yang mendakwa bapanya tiada usaha memperbaiki hubungan mereka.

Enggan mengulas

Menurut penyanyi berusia 65 tahun ini, dia menganggap individu yang berbintikan namanya hanya layak menjadi anaknya.

“Kalau saya nak jawab, saya jawab. Tapi sebenarnya, tiada apa-apa untuk dijelaskan. Dia boleh kata apa sahaja dia mahu.

“Namun bagi saya, anak saya mesti bernama ‘binti Zainal Abidin’. Kalau bukan menggunakan nama itu, maka bukanlah anak saya. Itu sahaja jawapan saya,” katanya kepada Gempak.
Penyanyi lagu Hijau itu ditemui ketika sidang media Konsert Legasi P. Ramlee di Finas, Kuala Lumpur pada Rabu.

Hak bersuara

Bagaimanapun Zainal memberitahu wanita itu mempunyai hak untuk menyuarakan apa sahaja namun dia memilih untuk tidak membalas kenyataan tersebut.
Kata Zainal, dia hanya selesa untuk berkongsi mengenai kerjaya seni berbanding menjaja kisah peribadinya kepada umum.

“Kalau nak tanya saya percaya atau tidak pada kenyataan dia, jawapan saya, tidak.Dia ada hak untuk berkata apa dia mahu. Silakan. Tapi saya tidak akan membalas apa-apa.

“Kenapa? Sebab saya percaya, Allah lebih mengetahui. Itu pandangan peribadi saya. Saya tidak seharusnya berkongsi tentang hal itu. Saya cuma mahu berkongsi dengan anda mengenai kerjaya saya.
“Kalau anda nak tahu tentang legasi saya, album baharu, konsert saya, semua itu saya terbuka. Tapi soal ini terlalu peribadi,” jelasnya.

Anak seni berjaya

Dalam pada itu, Zainal menegaskan dia seorang anak seni yang berjaya dan bukanlah seorang pempengaruh media sosial hanya mengejar duit dengan berkongsi kehidupan peribadi kepada umum.
“Saya jaga hal ini sendiri. Tapi anda boleh lihat sendiri, walaupun saya tidak menjawab secara langsung, siapa sebenarnya yang lebih baik, siapa lebih berjaya.

“Siapa yang sedang berada di landasan betul. Saya bukan TikToker yang kejar duit. Bukan. Saya penyanyi. Saya anak seni. Dan saya berjaya.

“Saya tidak perlukan orang seperti itu di sekeliling saya. Mereka boleh bercakap sesuka hati sebab apa yang dikata bukan kebenaran.
“Kalau perkara itu benar, saya pasti sudah musnah. Tapi ini tidak benar. Jadi cakaplah apa yang nak dikata. Cakaplah. Silakan. Saya tiada masalah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Zainal Abidin Dakwa Bapa Tiada Usaha Perbaiki Hubungan, Hanya Tanya Dah Solat Atau Tidak – “Dia Tak Wish Birthday…”

Sekitar Januari lalu, anak kepada penyanyi veteran, Datuk Zainal Abidin iaitu Timur Gabriel mendedahkan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bapanya.
Menerusi perkongsian di podcast Head Over Heels, anak perempuan kepada pelantun lagu Puteri itu turut berkata biarpun mempunyai nombor telefon bapanya namun mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.
Tambah Timur lagi apa yang membuat dirinya terkilan apabila Zainal Abidin seolah-olah tidak ‘berminat’ untuk mengetahui perkembangan puterinya itu.
Topic Berkaitan
#Zainal Abidin
#Timur Gabriel
#Datuk Zainal Abidin
#Anak Zainal Abidin
Must-Watch Video