Hiburan

Anak Zainal Abidin Dakwa Bapa Tiada Usaha Perbaiki Hubungan, Hanya Tanya Dah Solat Atau Tidak – “Dia Tak Wish Birthday…”

gempak
Umirah Halim
27/01/2025
02:00 MYT
Sponsor Banner
Anak Zainal Abidin Dakwa Bapa Tiada Usaha Perbaiki Hubungan, Hanya Tanya Dah Solat Atau Tidak – “Dia Tak Wish Birthday…”

Anak kepada penyanyi veteran, Datuk Zainal Abidin iaitu Timur Gabriel mendedahkan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bapanya.

Menerusi perkongsian di podcast Head Over Heels, anak perempuan kepada pelantun lagu Puteri itu turut berkata biarpun mempunyai nombor telefon bapanya namun mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Tambah Timur lagi apa yang membuat dirinya terkilan apabila Zainal Abidin seolah-olah tidak ‘berminat’ untuk mengetahui perkembangan puterinya itu.

“Saya sentiasa ada nombor telefon ayah dan dia pun ada nombor telefon saya. Jika sesiapa mahukan bukti, DM (direct message) saya, saya ada buktinya.
“Dia (Zainal Abidin) dari pengalaman saya sendiri, dia tak ‘berminat’ dengan saya. Dia tak hubungi saya, dia tak ucap ‘selamat hari lahir’ kepada saya, dia tak ucap ‘selamat hari raya’,” ujarnya.
Tidak terhenti di situ, Timur turut menzahirkan rasa kesal kerana setiap kali dia mengajukan soalan, bapanya hanya mempersoalkan tentang solat.

“Bila saya tanya dia tentang sebarang perkara dia hanya jawab ‘awak solat tak?’

“Saya macam boleh tak dia tanya soalan seperti ‘saya apa khabar?’, ‘bila kali terakhir saya pergi ke hospital?’, ‘apa kerja saya?’, ‘macam mana pelajaran saya?’, ‘ada kenal dengan sesiapa tak?’, tak ada,” kata Timur.
Sekadar info, Timur Gabriel merupakan anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isteri, Natasha Gabriel.
Zainal dan Natasha mendirikan rumah tangga pada Mac 1987, namun disahkan bercerai pada Disember 2000. Selain Timur, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Di Akhirat Nanti” - Tak Pernah Putuskan Hubungan, Zainal Abidin Akui Dengar Khabar Angin Anak Nikah ARTIKEL BERKAITAN: Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024