Hiburan

Anak Scha Alyahya & Awal Ashaari Kuat 'Drama'

gempak
Amri Hassan
03/07/2018
08:04 MYT
Sponsor Banner
Anak Scha Alyahya & Awal Ashaari Kuat 'Drama'
Meskipun masih kanak-kanak, anak kepada pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Lara Alana sudah mampu memahami dan mendalami sesebuah lagu.
Scha mengakui yang puteri kesayangannya itu mudah tersentuh hati ketika mendengar lagu sedih.
"Lara memang tidak boleh dengar lagu sedih. Dia mudah tersentuh dan menangis. Sudah lama saya perasan perkara ini. Dia macam Awal yang pandai 'berdrama'.
"Bagi orang luar yang melihat kanak-kanak seusia dengannya memahami dan menjiwai sesebuah lagu, ia sesuatu yang mengejutkan.
"Malah, bila pasang lagu sedih walaupun lagu budak-budak pun, dia akan menangis," katanya.
Tambah Scha, dia dan Awal akan memainkan ayat suci al-Quran untuk diperdengarkan kepada Lara sebelum tidur.
"Alhamdulillah, sampai sekarang dia boleh baca sikit-sikit walaupun belum lancar," katanya lagi.
Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dengan kehadiran Lara yang lahir pada 22 Julai 2014.
Teks: Noor Zulaikha Yusof Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live