Hiburan

Anak Shahrol Shiro Selamat Menjalani Pembedahan Tonsil

gempak
Fiza Kamarudin
03/03/2020
10:00 MYT
Sponsor Banner
Anak Shahrol Shiro Selamat Menjalani Pembedahan Tonsil
Anak kepada pelawak Shahrol Shiro, Iskandar Rizqi, 3, selamat menjalani pembedahan tonsil di sebuah hospital di Johor Bahru, semalam.
Berita tersebut dikongsi isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra dipanggil Anna menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.
Anna berkata, keadaan Rizqi kini beransur pulih selepas pembedahan yang berlangsung selama satu jam itu berakhir pada jam 9.30 pagi.
“Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih pada semua yang telah mendoakan anak kami. Masuk bilik OT pukul 8.30am habis pembedahan pukul 9.30am. Sekarang Rizqi masih tidur.
“Kadang bangun menangis sekejap then tidur semula sebab ubat bius masih ada. Ada masa Rizqi tunjuk mulut dia maybe sebab rasa sakit dan tak selesa. Tunggu Rizqi sedar nak bagi minum dan layan kerenah dia nanti. Kami kuat,” tulisnya.
Sementara itu, isteri kepada pelawak Atu, Shafeeqa Johari yang merupakan teman rapat Anna turut mengucapkan rasa syukur kerana pembedahan Rizqi berjalan lancar.
Shafeeqa turut mengagumi sahabatnya itu dan melabelkan Anna sebagai sahabat, wanita dan ibu yang kuat.
“Kuatnya kau wahai sahabat. Baru lepas keguguran, anak pula operation (pembedahan) tonsil. Semoga Allah beri ko power lebih hebat dari power rangers. Alhamdulillah semua selamat,” tulisnya sambil berseloroh.
Pada ruangan komen IG Anna juga turut dihujani doa dan kata-kata positif daripada pengikut, yang rata-ratanya mendoakan Rizqi sembuh sepenuhnya dan ceria seperti selalu.
Mereka turut berpesan kepada Anna dan Shahrol supaya terus kuat demi anak kesayangan mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live