Laman Utama

Anak Shuib Menangis Gagal Raih Skor Pertandingan Golf, Netizen Kongsi Rasa Sebak - “Sepatutnya Ibu Yang Peluk Uwais..

Azwa Rahman
17/03/2022
03:20 MYT
Anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni mencuri perhatian ramai apabila menyertai sebuah pertandingan sukan golf bagi peringkat kanak-kanak di negeri Kedah.
Walaupun begitu, Uwais dilihat menitiskan air mata dan kecewa kerana mendapat skor markah yang tidak memuaskan.
Menerusi platform TikTok, akaun jenama hijab milik Siti Sarah berkongsi momen tersebut untuk tatapan umum.
@lovetasitisarah Doakan Uwais yea #sitisarahraissuddin #shuibsepahtu #artismalaysia #fypシ #fyp #fypage ♬ original sound - LovetaScarvesSitiSarah
Pada perkongsian berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan Uwais yang tidak ditemani oleh bapanya mendapat markah yang kurang memuaskan pada hari kedua pertandingan.
Uwais dilihat memeluk erat datuknya, Raisuddin Hamzah ketika sedang bersedih sambil diberikan kata-kata semangat dan positif untuk dia terus berusaha.
Sementara itu di ruangan komen, kekecewaan Uwais itu mengundang rasa sebak wargamaya yang rata-ratanya seperti merasai emosi kanak-kanak berusia 11 tahun itu.
@CikMisi:Sepatutnya ibu Uwais yang peluk Uwais. Takpa, Uwais ibu sentiasa ada dengan Uwais.”
@abbybiah:Dia perlukan sokongan dari adik-adik & Shuib. Uwais kuat ya. Harap esok ada sinar buat Uwais.”
@syahidah ibrahim:Allah rasa nak nagis jugek Uwais jangan sedih. Uwais teruskan usaha. Semoga uwais terus berjaya. Aamiin.”
@Siti Saadiah Ssmr:semua orang nak menang Uwais....kamu dah cuba yang terbaik....innsaaAllah...sampai masanya untuk kamu nanti.”
@rohayasidek605:usaha lagi Uwais anak hebat.”
@lizaarof084:Allahhu… boleh rasa kesedihan Uwais tu… saat-saat camni mesti rindu pelukan yang tersayang.”
"@Heza:Ambil semua ni pengalaman. Semoga berjaya kelak. Semoga atok dan semua yang disekeliling mu sihat dan sentiasa ada untuk kamu.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tanda suka daripada warga TikTok.
Tahun lalu, Uwais berjaya dinobatkan sebagai juara bagi Kejohanan Golf Terbuka Junior, Kategori 10 tahun anjuran Palm Resort.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pengurusan Lama Jadi Punca! Mahu Selesaikan Cepat, Shuib Dah Jumpa KWSP Lunas Bayaran Secara Ansuran

gempak
11/11/2023
00:41 MYT
Semoga semuanya dipermudahkan.
Laman Utama

VIDEO: “Bila Shuib Panggil Ibu… Allah Sebak Tengok Dia Pandang Lama Muka Adik Miza…” - Netizen

gempak
19/07/2023
23:50 MYT
Akhirnya Shuib dapat juga jumpa adik Miza.
Laman Utama

Dari ‘Siasatan’ Netizen, Ibu Bagi Green Light & Rezeki Tajaan Lebih RM1 Juta, Ini Kronologi Kisah Cinta Shuib & Watie

gempak
23/06/2023
07:55 MYT
Alhamdulillan, bertemu jodoh dah Shuib.
Laman Utama

Netizen Samakan Watie Dengan Watak Anjali Sharma Dalam Filem Kuch Kuch Hota Hai - “Insya-Allah Watie Akan Jadi…”

gempak
03/06/2023
13:50 MYT
Semoga dipermudahkan urusan
Laman Utama

Rupanya Shuib Antara Pembeli Seluar ‘Pengilat Kuku’ Tomok, Ramai Doakan - “Semoga Murah Rezeki Bantu Rakan”

gempak
04/04/2023
23:45 MYT
Alhamdulillah