Anak kepada pelakon Shukri Yahaya, Aaira Ameena disahkan positif Influenza B.

Perkara tersebut dikongsikan oleh isterinya, Tya Adnan di Instagram Stories miliknya.

Menerusi rakaman video, Ameena kelihatan baru selesai melakukan ujian darah di Columbia Asia Hospital, Cheras.

Selain itu, Tya turut berkongsi laporan kesihatan Ameena yang telah disahkan oleh doktor.




Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang mata iaitu Aaira Ameena kini berusia tiga tahun.