Anak Tanya Mana Bapa Di Hari Raya Haji, Ini Yang Dilakukan Catriona Ross

Syafiqah Jalal
Ogos 24, 2018 09:49 MYT
Pelakon Catriona Ross akui sambutan Hari Raya Aidil Adha kali ini agak janggal tanpa kehadiran suaminya, Shaharudin Mokhtarudin yang kini berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah Haji.
Namun Catriona memberitahu anak-anaknya yang masih kecil itu seperti tidak faham dan terus menerus menanyakan mengenai bapa mereka.
Bagaimanapun sebagai ibu, Catriona memainkan peranan untuk menjelaskan segalanya.
“Raya kami berasa janggal kerana suami kini berada di Mekah. Anak-anak berkali-kali menanyakan mengenai bapa mereka tetapi saya terus menunjukkan gambar suami yang sedang mengerjakan haji,” katanya
Catriona berkongsi mengenai sambutan raja hajinya di akaun Instagram (IG) miliknya.
Cara Catriona menjelaskan kepada anaknya itu membuatkan mereka gembira dan bangga dengan bapanya.
“Kami semua berasa gembira dan bangga dengan suami dan saya minta anak-anak berikan senyuman bermakna (foto) sebagai tanda sokongan kepada bapa mereka,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Catriona turut memuat naik fotonya bersama dua anaknya yang mengenakan baju raya.
#pelakon #Pelakon #Catriona Ross #Suami #Raya Haji