,
Hiburan

Anak Terkunci Dalam Kereta, Netizen Nasihatkan Nubhan Ahamad

Zulaikha Yusof
15/10/2019
03:39 MYT
Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya, Aafiya Kamilia terkunci di dalam kereta mewah miliknya.
Jelas Nubhan, kejadian terbabit terjadi selepas dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang.
"Anak terkunci dalam kereta, selamat dekat rumah je. Jenuh ajar dia tekan sana sini, dia buat tak tahu je.
"Saya tinggalkan dia kejap je, nak ambik barang dalam rumah.
"Dia tekan lock dan tak tau nak unlock. Lepas call my kawan saya, baru pintu dapat bukak. Kalau tak memang kasi pecah itu cermin," tulisnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu itu mendedahkan anak perempuannya terperangkap selama 15 minit.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut menasihati Nubhan supaya menurunkan tingkap serta pintu kereta tidak ditutup rapat untuk mengelakkan perkara sama berulang lagi.
"@norbaitiabangkarim: Huhu lain kali tinggalkan anak buka tingkap dan kalau boleh janganlah huhu."
"@suzlinsalleh: Lain kali buka tingkap sikit. Ni bukan cakap apa cakap kat diri sendiri juga. Sebab pernah kena. Lepas tu memang buka tingkap separuh kalau nak amik barang dalam rumah je pun."
"@diandades: Aduhai. Lain kali nak letak anak kat dalam kereta, buka tingkap kereta luas-luas."
Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
BorakSeeni