Hiburan

Anak Ziela Jalil Pilih Tun Alayna Zeeya Sebagai Nama Puteri Sulung

Zulaikha Yusof
24/06/2019
04:41 MYT
Anak kepada penerbit Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah telah memperkenalkan nama bayi sulungnya yang baru dilahirkan pada 14 Jun lalu.
Perkara itu dikongsikan oleh Julia menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya selepas tujuh hari tempoh kelahirannya.
"Alhamdulillah di hari ke-7 kamu di dunia ini, kamu diberi peluang untuk ditahnik oleh Habib Ali Zaenal Abidin, rambutmu dicukur oleh ayah kamu yang dikasihi dan majlis akikah kamu akan dijalankan di Makkah Al Muqarramah.
"Kami memilih untuk menamakanmu Tun Alayna Zeeya.
"Tun kerana sayangku, dirimu merupakan keturunan leluhur Orang Kaya Bendahara Megat Terawis.
"Alayna bermaksud dalam bahasa Arab: ke atas kami.
"Dan Zeeya: Sinar Cahaya.
"Semoga dirimu sentiasa menjadi sinar cahaya kepada kami, di mata kami dan di hati kami.
"Semoga Allah memelihara dirimu di bawah perlindunganNya selalu. Amin," tulisnya.
Pengumuman nama anak Julia itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada pengikut yang rata-ratanya memuji kecomelan Tun Alayna Zeeya.
Ada juga yang mendoakan semoga Alayna menjadi seorang anak yang solehah pada kedua ibu bapanya.
Sementara itu, menerusi Instagram (IG) penerbit Datuk Ziela Jalil turut berkongsi beberapa rakaman video cucu pertamanya ketika majlis tahnik.
"Alhamdulillah Yaa Rabb. Jazakallah khairan kathira Habib Ali Zaenal Abidin untuk tahnik baby Tun Alayna Zeeya Binti Dziya Faqhran," tulis Ziela.
Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Personaliti

Pasangan Pergi Mengejut, Bersediakah Anda? Tak Mungkin READY, Walau Kita Tahu Arwah Akan Tinggalkan Kita.

gempak
04/05/2021
15:35 MYT
Dedah Dato’ Ziela Jalil, “Mula-mula arwah suami meninggal dulu, dua kali sehari saya akan menziarahi puasaranya sampai arwah Emak risau takut saya terkena badi mayat ke?” Rindu ditinggalkan sememangnya perit.
Hiburan

Ziela Jalil Bukan Perampas, Anak Tiri Sayang Macam Ibu Sendiri - "Perkahwinan Mereka Rahmat Bagi Kami"

gempak
13/01/2021
04:50 MYT
Kami baik-baik saja dengan Mama Ziela
Hiburan

Berselisih Faham Dengan Anak Tiri? Ini Penjelasan Ziela Jalil

gempak
07/01/2021
23:20 MYT
Ada kaitan dengan ciapan anak tiri di Twitter?
Hiburan

“Ya, Saya Sudah Bernikah” - Ziela Jalil

gempak
03/01/2021
23:20 MYT
Ziela mengesahkan dia kini menjadi isteri kedua kepada pengerus masjid.
Berita

Ibu Ziela Jalil Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun

gempak
12/12/2020
01:34 MYT
Salam takziah