Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Anak-Anak Saya Bukan Bahan Uji Kaji Anda Wahai Kerajaan…” - Almy Nadia Pula Tak Setuju Pemberian Vaksin Bagi Kanak-Kanak

Izwan Isa
31/10/2021 01:50 MYT
Pelakon Almy Nadia enggan menerima saranan kerajaan terhadap keputusan pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang berusia lima hingga 12 tahun.

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)


Sebagai seorang ibu, Almy menegaskan, anak-anaknya yang masih kecil bukanlah bahan uji kaji dan dia turut melahirkan perasaan bimbang jika mereka tidak dapat menahan kesan apabila menerima vaksin berkenaan.

“Wahai kerajaan, anak-anak saya bukan bahan uji kaji anda semua ya, tolong ambil perhatian. Cukup kami yang dewasa ni kena vaksin pun sakit. Ya, tahu dos mesti kurang untuk kids, but still sakit.

“Dah kerajaan cakap 5 tahun hingga 11 tahun bahan uji kaji, what... Sorry saya sangat sangat emo bab ni... Anak-anak saya bukan bahan uji kaji anda wahai kerajaan,” tulis Almy di akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, Almy turut menegaskan dia tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku pada anak-anaknya pada kemudian hari.

BACA: “I Said NO!” – Bukan Anti Vaksin Tapi Mila Jirin Tak Nak Anak Sertai Ujian Vaksin COVID-19

“Sebagai seorang ibu yang melahirkan anak-anak, maaf saya takkan benarkan anak-anak saya jadi bahan uji kaji, Jika terjadi benda yang tak diingin adakah kerajaan nak bertanggungjawab? Confirm confirm tidak! Anda semua tolong ambil perhatian.

“Anak-anak saya dah cukup vaksin dari baby sampai 2 tahun, dan sekarang kami ambil extra vaksin lagi influenza la dan macam-macam lagi nak kuat antibodi anak-anak kami… but kami takkan benar kerajaan jadikan anak-anak kami sebagai bahan uji kaji.

“Saya bukan antivaksin, saya ibu mengandung yang dah cukup 2 dose pfizer awal bulan 8... jadi saya tahu sakitnya mcm mana,” tulis Almy.

Dalam pada itu, suami kepada Almy, Fizz Fairuz turut meluahkan rasa yang sama terhadap saranan kerajaan itu.

“Pada pendapat saya, belum sesuai kot... tak perlu kot untuk anak-anak, sebab kesan dia terlalu kuat untuk kanak-kanak.

“Walaupun telah dikurangkan isi kandungan, tetapi tetap memberikan kesan terhadap kanak-kanak. Orang dewasa pun tak tahan, inikan pulak kanak-kanak. Saya harap kementerian fikir semula lah kot,” tulisnya.

Terdahulu media tempatan melaporkan, Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Fizz Fairuz #Almy Nadia #Vaksin #Covid19
;