Laman Utama

“I Said NO!”- Bukan Anti Vaksin Tapi Mila Jirin Tak Nak Anak Sertai Ujian Vaksin Covid-19

gempak
Syafiqah Jalal
27/10/2021
04:39 MYT
Sponsor Banner
“I Said NO!”- Bukan Anti Vaksin Tapi Mila Jirin Tak Nak Anak Sertai Ujian Vaksin Covid-19
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tidak bersetuju dengan rancangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menjalankan ujian klinikal vaksin Covid-19 Sinovac untuk kanak-kanak tiga hingga 11 tahun.
Malah Mila tidak akan membenarkan satu-satunya anaknya, Mohd Ariff Zikri, 4, untuk menyertai ujian tersebut.
“Maaf KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kami ibu atau bapa tak akan biarkan anak-anak kami sertai ujian itu. Harap maklum,” tegasnya.
Mila berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.
Semalam, Khairy berkata mengenai rancangannya itu dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sama ada KKM sudah meneliti kesesuaian serta keberkesanan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Pun begitu, Mila dalam masa yang sama menafikan dirinya adalah seorang anti vaksin, namun kali ini dia tetap dengan pendiriannya.
“I am not anti-vaccine or pro-vaccine. I am vaccinated. To achieve Herd immunity...But for a child " I SAID NO ‼"” tegasnya lagi.
Kemas kini Mila itu mendapat pelbagai reaksi pengikut laman sosialnya yang rata-rata bersetuju dengan pendiriannya.
“Dah lah saya nak dapatkan anak punya susah … nak suruh jadi bahan kajian? Memang tak lah.!,” komen salah seorang pengikutnya.
“Sudah-sudah tu jadi bahan uji. Ingat nyawa ni apa? Mak ayah dah berkorban, cukuplah,” tegas salah seorang warga maya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live