Sahabat baik kepada artis popular Neelofa dan Rozita Che Wan, Anas Zahrin bersifat terbuka dan sentiasa menyokong perniagaan yang diusahakan oleh kedua-dua teman baiknya itu.

Umum sedia maklum figura hebat Neelofa dan Rozita Che Wan kini sedang mempromosikan jenama inai masing-masing yang menerima sambutan hebat oleh penggunanya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Anas di Instagram Story miliknya, dia menyifatkan dalam dunia ini pintu rezeki setiap manusia telah ditentukan dan jangan sesekali berasa hebat andai mempunyai perasaan dengki.

“Kalau nak cari inai konsep dark brown boleh cari inai dari Neelofa dan kalau nak cari inai warna dark maroon oren boleh cari inai Che Ta (Rozita Che Wan).

“Setiap orang ada cita rasa masing-masing, dalam dunia ini ada 1001 pintu rezeki yang mana kita boleh berbagi dan berkongsi rezeki pun.

“Takkan nampak hebat pun kita dengan jatuhkan orang lain. Rezeki Allah sangat luas, Rezeki Allah ada untuk mereka yang berusaha.

“Rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Jangan kita dok gaduh itu ini,” tulis Anas.

Terdahulu, kecoh di laman sosial yang menbandingkan kualiti kedua-dua produk tersebut dan wujud beberapa pihak yang mengatakan hasil pengunaan yang kurang memuaskan.